Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Suruhanjaya Siasatan Diraja Kaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja mengenai dakwaan salah...

24 Orang Asli Batek...

KUALA KRAI - Empat pesakit Orang Asli suku Batek ditempatkan di Unit Rawatan...

Agong Yakin Kerajaan Ada...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yakin kerajaan dapat mengadakan...

Budak Parah Otak Tertusuk...

BEIJING - Seorang budak berusia dua tahun cedera parah akibat tertusuk kayu penyepit...

Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan setakat 1 tengah hari berikutan orang ramai yang mula pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang sambutan Aidilfitri esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata di utara trafik perlahan sepanjang 10 kilometer (km) di Sungai Petani Utara menuju ke Gurun berikutan kemalangan maut di km 85.0 melibatkan sebuah motosikal.

Menurutnya, trafik turut bergerak perlahan di Kuala Kangsar menuju Changkat Jering, Jelapang ke Terowong Menora, Tapah ke Gopeng, Bidor ke Tapah dan Slim River menuju Sungkai.

“Trafik di arah selatan masih lagi terkawal dan lancar kecuali di Senai Utara menuju Kulai dan di Tambak Johor dari Singapura menuju Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 bergerak lancar dan terkawal setakat ini.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Kategori