Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UNITEN Mahu Jelajah Negara...

ROMPIN - Pasukan Solar Ranger Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) mahu mencipta rekod melakukan...

Di Mana Hilangnya Reserve...

NAJIB: Di Mana Hilangnya Reserve Petronas RM171 B?

Jabatan Pertanian Mulakan Kempen...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pertanian Terengganu kini giat menjalankan kempen membendung, mengawal dan...

Cadangan Loji Tenaga Elektrik...

KOTA KINABALU - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mengemukakan cadangan pembinaan...

Trak Bahan Api Meletup, 9 Maut Di Nigeria

LAGOS – Sembilan maut apabila sebuah trak membawa bahan api meletup hingga menyebabkan kebakaran besar melanda kawasan komersial di sini, semalam.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Suleiman Yakubu, berkata setakat ini, insiden berkenaan sudah mengorbankan lima mangsa dan jumlahnya dijangka meningkat.

“Kebakaran merebak dengan cepat, sebaik sahaja letupan berlaku,” katanya kepada AFP.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari dalam satu kenyataan melahirkan rasa sedihnya apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu yang mengorbankan beberapa mangsa.

“Sungguh menyedihkan, ia adalah antara tragedi buruk yang pernah kita saksikan baru-baru ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kor Keselamatan Jalan raya Persekutuan Nigeria dalam satu kenyataan di Twitter berkata, sekurang-kurangnya 54 kenderaan terbabit dalam kebakaran itu.


Insiden letupan bahan api sering berlaku di Nigeria, iaitu negara pengeluar minyak terbesar di Afrika kerana ia dibawa menggunakan trak yang tidak diselenggara dengan baik.

“Kita perlu mencari jalan bagi memastikan semua pemandu trak lebih bertanggungjawab ketika memandu.

“Kita perlu bekerjasama dengan pelbagai agensi persekutuan supaya krisis seperti ini tidak berlaku lagi,” kata jurucakap kerajaan negeri Lagos, Kehinde Bamigbetan. – AFP/BH ONLINE

Kategori