Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Fattah Amin Akui Rapat,...

MELIHAT keserasian pelakon Fattah Amin dan Neelofa dalam drama Suri Hati Mr. Pilot, kami...

Himpunan Anti-ICERD: Kelantan Cuti...

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri mengisytiharkan cuti peristiwa di negeri ini pada Ahad...

Harimau Muda Jangan Buat...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan pemain Harimau Muda tidak melakukan tindakan...

Raja Muda Perlis: Pusat...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu pusat pemindahan...

Trump-Jong-un Berjabat Tangan Buat Julung Kali

BERSEJARAH… Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjabat tangan dalam pertemuan empat mata dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Hotel Capella, Sentosa, Singapura.

Perjumpaan julung kali tepat jam 9 pagi waktu Malaysia itu hanya dengan kehadiran penterjemah, dalam sidang puncak yang bermula hari ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih di Washington DC.

Ini disusuli dengan mesyuarat lanjutan dua hala dan jamuan tengah hari oleh delegasi kedua-dua pihak. Menurut kenyataan itu, sidang puncak berkenaan bermula lancar tanpa masalah di sebalik kawalan keselamatan amat ketat.

Trump akan meninggalkan Singapura pada jam 8 malam hari ini, selepas bertemu dengan pihak media. Sidang tersebut, yang merupakan yang pertama antara seorang presiden AS dengan pemimpin Korea Utara.

Ia amat bermakna kerana mungkin menentukan masa depan program nuklear Pyongyang, sekali gus keselamatan di rantau Asia Pasifik sejak Perang Korea berakhir dengan hanya pemeteraian gencatan senjata pada awal 1950-an.

Secara teknikal, Korea Utara dan seteru jirannya iaitu Korea Selatan masih lagi dianggap berperang kerana tiada perjanjian damai ditandatangani antara kedua-dua negara Semenanjung Korea tersebut kira-kira 65 tahun lalu.

Penantian bagi pertemuan ini mula memuncak sejak Trump mengesahkan pada 10 Mei bahawa Singapura akan menjadi tuan rumah dengan mengambil kira faktor keselamatan melibatkan dua pemimpin berprofil tinggi itu.

Dalam pertemuan berasingan antara Trump dengan pegawai kanan Korea Utara, Kim Yong-chol, kedua-dua pihak merundingkan kemungkinan menamatkan secara rasmi Perang Korea, yang berlarutan sejak tahun 1953.


“Kita ada membincangkannya, isu menamatkan Perang Korea. Bolehkah anda percaya, kita berbual mengenai berakhirnya Perang Korea yang tidak berkesudahan lebih enam dekad?” menurut kenyataan Trump pada ketika itu.

Washington DC bertegas mahu memastikan agar Jong-un mempersetujui apa yang disifatkan sebagai ‘pelucutan menyeluruh, sah dan mutlak’ bagi senjata nuklear dan program peluru berpandu jarak jauh rejim Pyongyang.

Rombongan AS bagi sesi mesyuarat dua hala yang lebih besar itu akan disertai Setiausaha Negara, Mike Pompeo; Ketua Turus Rumah Putih, John Kelly dan Penasihat Keselamatan Negara, John Bolton.

Setiausaha Media Rumah Putih, Sarah Sanders; Duta Korea Utara, Sung Kim dan Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Negara Asia, Matt Pottinger pula akan menghadiri mesyuarat sebelah tengah hari.

Menurut kenyataan Rumah Putih lagi, perbincangan antara AS dengan Korea Utara masih dijalankan dan perkembangannya lebih pantas daripada apa yang dijangkakan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori