Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

RON97, RON95 Naik 1...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol bagi RON97 dan RON95 naik satu sen seliter...

Anggota Tentera Tergantung 3...

Mersing - Seorang anggota tentera yang menjalani latihan payung terjun terpaksa menunggu hampir...

Perkhidmatan Ambulans Tidak Pasang...

LONDON - Penduduk membantah tindakan London Ambulance Service yang memutuskan untuk tidak bunyi...

Bukan Tahun Depan Kahwin’...

PELAKON Mira Filzah menafikan dakwaan bakal melangsungkan dengan jejaka pilihan hatinya pada 2020.Mira...

Tulis Lagu Buat Suami, Dayah Selamat Dinikahkan

MAHLIGAI yang diimpikan kini menjadi kenyataan selepas pengacara Dayah Bakar telah selamat dinikahkan dengan pasangan pilihanya, Muhammad Hanif Hamidi pada tengahari tadi.

“Alhamdulillah segala galanya dipermudahkan. Semoga keberkatan Syawal ini akan menjadi permulaan baik untuk kami, “ katanya kepada portal BH Online sebentar tadi.

Beberapa sebelum hari bahagianya, Dayah telah mencipta sebuah lagu berjudul Imamku yang ditujukan khas buat suaminya itu.

Lagu berkenaan sudah dicipta olehnya sejak empat tahun lalu tetapi baru kini dapat dilancarkan.

“Lagu ini menceritakan impian seorang gadis untuk dipertemukan dengan lelaki yang mahu membimbingnya ke jalan kebaikan.

“Lagu itu menggambarkan perasaan saya yang ketika itu menghitung hari untuk diijabkabulkan.

“Imamku cukup istimewa kerana bercerita mengenai harapan semua wanita untuk bertemu cinta sejati dengan lelaki yang bersifat pemimpin,” ujarnya lagi.


Tambah bekas pengacara program bual bicara Nasi Lemak Kopi O itu lagi, perkenalannya dengan Hanif bermula ketika mereka bersama-sama menuntut di sebuah sekolah dekat Seremban, Negeri Sembilan.

Ditambah pula ketika itu rumah mereka tidak jauh, maka hubungan persahabatan yang dibina bertambah erat sehingga mereka menjadi sahabat baik.

Walaupun masing-masing mempunyai personaliti yang berbeza tetapi itu tidak menghalang mereka untuk mengenali diri masing-masing secara lebih rapat.

Selepas dinikahkan pada tengahari tadi, mereka bakal diraikan dalam satu majlis persandingan dekat Ampang, Selangor pada Ahad ini.

Manakala, majlis bertandang pula akan diadakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 7 Julai depan. – Mynewshub.tv/AH

Kategori