Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Raja Bomoh Pun Kunjungi...

UNIK... Sejurus konvoi Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di rumahnya di Taman...

Pemuda Didakwa Hantar Komunikasi...

KUALA LUMPUR - Seorang penyelia pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Siber di sini,...

Anak Osama Bin Laden...

DUBAI - Anak lelaki pemimpin kumpulan al-Qaeda, Osama bin Laden memberi amaran akan...

Seteru Dengan Dr Mahathir...

KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perseteruan beliau dengan...

Tun M Muncul Dalam Video Pendek Keselamatan J/Raya

SEREMBAN – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan muncul dalam video pendek kempen keselamatan di jalan raya bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata video pendek ini adalah sebahagian daripada kempen Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), yang akan disiarkan di televisyen dan media sosial pada minggu hadapan.

“Di dalam video pendek yang berkonsepkan dialog santai ini, kita cuba dapatkan star power daripada Tun Mahathir untuk menasihati orang ramai berkenaan keselamatan jalan raya.

“Rakaman selama setengah jam telah dibuat semalam dan kini ia dalam proses suntingan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Loke berkata beliau juga akan tampil dalam satu video pendek yang memaparkan nasihat pemanduan secara berhemah.


“Saya harap penonton akan dapat memahami mesej yang ingin disampaikan,” katanya. – BERNAMA

Kategori