Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mengundi Calon Berdasarkan Kaum...

IPOH - Tindakan mengundi calon mengikut kaum dalam mana-mana pilihan raya hanya menyukarkan...

KPKT Sedia Tambah Jumlah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji...

Sesak Nafas, Mulut Berbuih...

BEIRUT - Pertubuhan bantuan perubatan dan pasukan penyelamat mendakwa sekurang-kurangnya 49 terbunuh akibat...

Sayu… Suami Isteri Maut...

PASIR MAS - Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas...

UMNO Johor Tidak Sokong Mana-Mana Calon

JOHOR BAHRU – UMNO Johor tidak membuat sebarang keputusan untuk menyokong mana-mana calon yang bertanding sebarang jawatan dalam parti ini, termasuklah bagi Presiden dan Timbalan Presiden.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, UMNO Johor menyerahkan semua keputusan kepada kebijaksanaan akar umbi membuat pilihan sendiri.

Katanya, jika ada mana-mana pihak mengaku UMNO Johor cenderung kepada seseorang tokoh seperti Tengku Razaleigh Hamzah, ia adalah pandangan peribadi dan bukannya daripada UMNO Johor.

“Sejujurnya UMNO Johor ada pengalaman hitam antara Tengku Razaleigh dan Tun Musa Hitam pada 1987 sehingga menyebabkan UMNO lama diharamkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kesan daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memperlihatkan peralihan pucuk pimpinan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika keadaan rumit dan meruncing, katanya, kesediaan dan keterbukaan Dr. Ahmad Zahid menerima amanah itu adalah satu langkah yang sayangkan parti keramat orang Melayu.

“Kesanggupan beliau jelas menunjukkan seorang pemimpin yang berjiwa besar dan sanggup memikul tanggungjawab berat.


“Tanpa mempedulikan betapa teruknya kerosakan dialami parti, saya melihat Dr. Ahmad Zahid seorang pantang berundur, tidak melatah sebaliknya mempunyai kebijaksanaan mengatur dan membaikpulih bahtera UMNO secara berhemah,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Latiff berkata, ahli UMNO sepatutnya melihat atas kesedaran seorang pemimpun yang sanggup memikul tanggungjawab berat ini.

“UMNO memerlukan seorang pemimpin berjiwa besar yang boleh memulihkan semangat juang parti dan pada masa sama melakukan revolusi secara besar-besaran untuk memastikan parti ini sentiasa bersama rakyat,” katanya. – BH Online

Kategori