Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

40% Kerja Sivil ECRL...

KUALA LUMPUR - Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRLSB) dan China Communications Construction Company...

Azmin, Penyokong Boikot Hari...

AYER KEROH - Kelibat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak...

STAFOC Turut Terlibat Buru...

Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman kini turut terlibat dalam usaha...

Polis Pantau Individu Berpotensi...

KUANTAN - Polis Pahang akan memantau individu yang dikenal pasti berpotensi melakukan strategi...

UMNO Tidak Boleh Silap Percaturan Lagi

PENAWARAN diri Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai calon Presiden UMNO menunjukkan kesediaan dan kesungguhannya untuk merencana perubahan parti secara menyeluruh.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, seluruh ahli UMNO perlu melihat keputusan Khairy untuk bertanding dari sudut yang positif.

Jelasnya, perkara tersebut bukan bermakna calon pemuda UMNO mahu menongkah arus, sebaliknya parti itu kini tidak boleh melakukan kesilapan dalam merancang agenda perubahan.

Khairy Jamaluddin

“Khairy sudah menunjukkan karisma dan wibawa untuk diberikan peluang menerajui parti.

“Suasana dan parameter politik Malaysia yang baru memerlukan pimpinan UMNO yang tangkas dan mampu mengartikulasi hujah dengan baik.

“UMNO juga memerlukan pemimpin sezaman dengan arus perubahan,” katanya memetik laporan HMetro Online.

Tambah Shaiful Hazizy, sekiranya ada pihak UMNO yang menolak Khairy atas apa dasar dan alasan sekali pun, akan mengundang masalah imej yang agak jelas buat parti.

Katanya, perubahan yang signifikan dan menyeluruh perlu berlaku kepada parti keramat itu dan Khaity merupakan orang yang sesuai untuk membawa UMNO kembali mendapat kepercayaan rakyat.

“Kita tidak boleh silap percaturan lagi. Perubahan UMNO mesti radikal dan menyeluruh.

“UMNO wajar memberi kepercayaan kepada Khairy menakhoda kebangkitan UMNO, malah Pemuda UMNO Kedah yakin, bukan niat Khairy meminggirkan sesiapa,” ujarnya.


Mengulas mengenai faktor umur dan pengalaman yang dikatakan menjadi penghalang buat sesetengah pihak memilih Khairy, Shaiful berkata perkara tersebut bukanlah tonggak utama buat masa ini.

Sebaliknya, Shaiful Haziziy menyifatkan faktor yang lebih penting seperti idea, iltizam, ilmu, istiqamah dan kesungguhan akan berupaya menjana kekuatan tradisi parti.

Jelasnya, perkara-perkara itulah yang sepatutunya dijadikan pemberat oleh ahli-ahli UMNO dalam membuat keputusan pada pemilihan parti akan datang.

Selain Khairy, antara calon yang akan bertanding untuk jawatan nombor satu parti berkenaan adalah pemangku Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi parti akan diadakan pada 30 Jun manakala pemilihan sayap UMNO sepert Pemuda, Wanita dan Puteri akan diadakan pada 23 Jun ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori