Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

6 Nelayan Asing Diberkas...

KEMAMAN - Sebuah bot nelayan asing bersama enam krew termasuk seorang tekong diberkas...

4,885 Kes Baharu Hari...

KUALA LUMPUR: Negara mencatat 4,885 jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan...

PAS Beri Kata Dua,...

MARANG : Pas beri kata dua kepada segelintir kepemimpinan UMNO agar tidak sesekali...

Mahasiswa Digalak Sertai Myagrosis...

KUALA LUMPUR - Golongan mahasiswa yang meminati bidang keusahawanan disaran merebut peluang mendapatkan...

Video: “Belum Kahwin Lagi Dah Naik Tangan” – Netizen

RAKAMAN video seorang remaja lelaki menampar muka seorang gadis yang dipercayai teman wanitanya mencetuskan kemarahan warga netizen.

Menerusi perkongsian daripada Tikah Abu Samah menerusi Insta Story dalam Instagram (IG) miliknya semalam, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah kawasan kondominium di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

Menurutnya, dia yang ternampak kejadian tidak dijangkakan itu terus bertindak  merakamnya sebelum disebarkan meluas di laman Twitter.

Berdasarkan video berdurasi 14 saat itu, pasangan berkenaan pada mulanya dilihat sedang berbincang namun lelaki terbabit kelihatan geram lalu mengetuk-ngetuk motosikalnya.

Gadis berkenaan cuba menghentikannya, malangnya secara tiba-tiba ditampar oleh lelaki itu yang kemudian memerhatikan keadaan di sekeliling kerana bimbang perbuatannya itu diperhatikan orang lain.

Tambah Tikah, dia mengenali pasangan berkenaan yang juga merupakan junior di kolejnya.

Since ramai yang view Insta Story saya selepas video kejadian itu viral, saya nak mengesahkan yes saya kenal mereka berdua yang merupakan my junior classmate and yes they are involved in a toxic relationship,” jelas Tikah.


Di media sosial, netizen menyelar tindakan biadab lelaki terbabit yang dianggap tidak sesuai dijadikan suami kerana sudah berani ‘naik tangan’ terhadap pasangannya biarpun mereka belum berkahwin lagi.

“Perempuan sebelum kahwin dijaga sepenuhnya haknya oleh ayah. Selepas kahwin, perempuan akan dijaga sepenuhnya haknya oleh suaminya. Perempuan dilahirkan untuk dilindungi oleh manusia bernama lelaki,” tulis @zauha4.

“Paling pantang aku dengan jantan begini. Kau belum ada apa-apa hubungan yang sah, kau nak naik tangan kat perempuan. Aku yang lelaki ini tengok pun panas,” kata @Ikhwan.

“Aku geram weh! Mana tahu mak bapak perempuantu tak pernah nak naik tangan kat perempuan tu, tiba-tiba pula jantan ni suka-suka nak naik tangan kat perempuan tu. Kalau kena kat adik aku, memang dah kena tibai dah.” kata @Sukati_.

Justeru, Tikah menasihatkan golongan perempuan di luar sana tidak mudah diperbodohkan dan mendoakan dijauhkan dari segala perkara yang tidak baik.

“Kepada semua perempuan di luar sana, jadi bijak, jangan diperbodohkan. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik. Dan kepada lelaki di luar sana, jangan biadab sangat tampar anak orang sesuka hati,” tulisnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori