Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kampung Baru Perlu Dipertahan...

KUALA LUMPUR - Kampung Baru di sini yang menjangkau usia 118 tahun perlu...

Berbusana Melayu Imbau Detik...

MELAKA - Orang ramai di seluruh Malaysia khususnya di Melaka dan golongan generasi...

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi...

Kastam Johor Gagalkan Seludup...

JOHOR BAHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menggagalkan penyeludupan masuk 986,000...

Video: Diancam Dengan Kayu Lepas Tegur Lawan Arus

BUKAN sahaja dihina dengan kata-kata kesat, malah turut diancam dengan kayu gara-gara tidak diberikan laluan.

Demikian nasib seorang Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) selepas cuba menasihati pemandu yang ingin melawan arus di sebuah laluan sehala di Jonker Street, Melaka.

Menerusi klip rakaman yang tular di media sosial itu, anggota RELA berkenaan dilihat bercakap dalam bahasa Mandarin dengan pemandu Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berhenti di tepi jalan.

Bagaimanapun selepas anggota itu beredar, pemandu SUV tersebut keluar dan terus meluru ke arahnya dengan membawa sebatang kayu sambil menggeluarkan kata-kata kesat.

Pemandu itu juga sempat menunjukkan isyarat ‘jari tengah’ dan mengacukan anggota itu dengan kayu yang dipegangnya.

Anggota Rela itu bagaimanapun tetap tenang dan kelihatan tidak membalas ancaman lelaki tersebut.

Sementara itu netizen di media sosial menempelak sikap pemandu berkenaan yang bersikap kurang ajar biarpun anggota berkenaan hanya menjalankan tugasnya.

“Pemandu Subaru XV BMN 5831, berbaju kuning bseluar pendek cuba bertindak ganas kepada anggota RELA yang bertugas.


“Viral dan laporkan kepada polis segera. Samseng jalanraya makin membiak sekarang,” tulis Fauzi Panji Alam.

Pun begitu, ada segelintir netizen cuba memainkan sentimen perkauman biarpun tindakan yang ditonjolkan oleh pelaku berkenaan adalah disebabkan sikap individu itu sendiri.

“Ada satu bangsa dah mula tunjuk belangnya sejak kebelakangan ini. Siapa yang untung?” tulis Mahadi Abdullah.

Manakala Mika Shima pula menulis;“Haha sejak PH menang ni aku tengok kaum ni makin naik tocang. Jobstreet pun makin banyak iklan “chinese only” “mandarin speaking only”.

“Tahniah la kepada anak-anak muda. Ini yang korang nak. Kena pijak dekat tanah sendiri.” – MYNEWSHUB.CC

Kategori