Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Impian Siti Nurul Hidayah...

KUALA PILAH - Impian seorang remaja yang menghidap sakit kronik, Siti Nurul Hidayah...

MyEG: 6 Kes Khas...

PETALING JAYA - Majikan pekerja asing yang berhadapan enam kes khas bagi memperbaharui...

Kerajaan Akan Biaya Projek...

KUALA LUMPUR - Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dijadual siap menjelang...

Zakar Hampir Putus Gara-Gara...

SEORANG lelaki mengalami detik cemas dalam hidupnya apabila kemaluannya nyaris-nyaris terputus apabila terlibat dalam...

Video: Keluar Steering Lock Lepas DBKL Kapit Tayar

MASIH ingat insiden ‘Kiki The Steering Lock‘ yang pernah mencetuskan kontroversi beberapa tahun lalu?

Kes tersebut menjadi sangat tular sehingga mendapat perhatian meluas daripada pelbagai pihak.

Kali ini muncul satu lagi video memaparkan situasi seakan sama membabitkan seorang wanita yang ‘naik hantu’ selepas keretanya dikapit penguat kuasa tempatan.

Dalam kejadian pukul 2.50 petang di Kepong, Kuala Lumpur, wanita berusia lingkungan 30-an itu didapati meletakkan Proton Saga dipandunya di tempat letak motosikal.

Tindakan itu menyebabkan anggota penguat kuasa DBKL serta Sistem Tempat Letak Kereta Elektronik (SKLE) CityCarPark mengambil tindakan mengapit tayar kenderaanya.

Selepas mengetahui tayar kenderaannya dikapit, wanita itu tidak berpuas hati dan cuba menawarkan bayaran RM50 sebagai penyelesaian ‘tepi’ untuk membuka alat pengapit terbabit.

Bagaimanapun, petugas SKLE dan anggota DBKL terbabit bertegas wanita itu perlu membayar denda RM80 bagi membuka alat pengapit menyebabkannya bertambah berang.


Menurut sumber, wanita berusia 30-an, itu kemudian bertindak mengugut hendak mencederakan kedua-dua petugas berkenaan dengan besi pengunci stereng.

“Tak mau bukak kan? Mau ka (steering lock)? You mau ka?” pekik wanita berkenaan.

Wanita itu cuba memukul anggota DBKL terbabit namun tidak berbuat demikian selepas melihat anggota terbabit mengeluarkan gari.

Dia kemudian berpaling ke aras petugas SKLE sebelum memukul tangan dan kaki kirinya dengan steering lock, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Difahamkan, wanita berkenaan turut menggugut mahu memecahkan kereta dipercayai milik DBKL selain mengugut memecahkan kepala petugas SKLE dan anggota DBKL terbabit.

Sementara itu  Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihak polis kini sedang mengesan wanita terbabit untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori