Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Fasiliti Pusat Pergigian Imperial...

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa fasiliti di...

Siasatan Kes Murid Dipaksa...

KLANG - Siasatan membabitkan kes seorang murid yang mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri...

Jawi Pergiat Rondaan Dan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mempergiat rondaan dan operasi...

Wow!! Nora Caj RM3,000...

Hamboi-hamboi....Artis kita la ni bukan main pandai buat duit yer! Baguslah kalau macam itu,...

Video: Laju Semacam… Nasib Baik Tak Dirempuhnya

KUALA LUMPUR – Nyaris maut dirempuh pemandu ‘pelesit’.

Itu detik cemas dilalui empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor ketika sedang membantu mangsa kemalangan di Kilometer 448, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Isnin itu, kereta yang dipandu laju itu gagal mengelak kenderaan yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan berdekatan susur keluar Plaza Tol Rawang.

Menurut sumber, keempat-empat anggota itu sedang dalam tugasan Op Selamat 13 di sekitar Rawang sebelum terserempak dengan kemalangan membabitkan dua kereta di lokasi terbabit.

Sementara menunggu bantuan lain tiba, mereka cuba memberikan bantuan kepada pemandu yang cedera dan cuba membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Namun tidak sampai limat minit kemudian, sebuah kereta yang dipandu laju dilihat menekan brek secara mengejut sebelum merempuh salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan.


Akibatnya, kereta itu berpusing ke tengah jalan namun pemandu itu dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi dan tangan.

Difahamkan, pemandu cuai itu cuba memberi alasan tidak nampak ada kemalangan berlaku berikutann keadaan jalan yang gelap.

Sedangkan lokasi kejadian biarpun berhampiran bawah jambatan, keadaan sebenarnya agak terang disebabkan beberapa buah kenderaan memasang lampu ‘hazard’.

Malah dalam rakaman video juga turut kelihatan sebuah ambulans yang sedia menyalakan lampu kecemasan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori