KAJANG – Tergamak betul! Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dipercayai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di bandar ini, semalam.
Bayi tanpa pakaian itu ditemui terjatuh di atas jalan raya di Jalan Hentian 4, berhampiran Hentian Bas Kajang sebelum diselamatkan oleh orang awam yang menyedari kejadian itu.
Kejadian itu turut dirakam orang awam yang kemudiannya ditularkan di media sosial sejak malam Ahad.
Menerusi video berdurasi 1.22 saat itu, kelihatan seorang lelaki mendukung bayi terbabit yang hanya dibalut dengan sehelai kain menaiki sebuah van dipercayai untuk membawanya ke hospital.
Difahamkan, bayi malang berkenaan diikatakan masih hidup meskipun mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada laporan susulan dikeluarkan daripada pihak berkuasa dan orang awam dinasihatkan untuk segera tampil ke balai polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian. – MYNEWSHUB.CC