Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Di Mana...

KUALA LUMPUR - Polis kini sedang berusaha mengesan keberadaan Presiden PKR Anwar Ibrahim...

AKSEM Rampas Tenggiling, Sisik...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) mematahkan cubaan menyeludup 55...

Hafidz Mahu Elak Babak...

SETELAH bertukar status bergelar suami, pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan dia ingin mengelak untuk...

Lambat Ke Mahkamah, Lydiawati...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang di sini memberi amaran keras kepada pelakon...

Video Zahid Yang Bangkitkan Semangat Ahli UMNO

VIDEO kempen calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tersebar sekarang ini menyuntik semangat ahli UMNO untuk bangkit selepas tewas.

Video sepanjang 1 minit 41 saat itu memaparkan semangat Zahid untuk mengemudi UMNO menghadapi cabaran dalam politik negara selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Ia memaparkan pemangku Presiden UMNO itu menegaskan sikap berani dan bersemangat untuk tidak menjadikan kekalahan terus membelenggu parti.

Zahid ialah pemimpin yang dengan berani terus mengambil tanggungjawab memimpin UMNO selepas Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya selepas PRU14.

Tempoh itu ialah masa yang mencabar dan memerlukan satu kekuatan yang luar biasa, pada masa semangat dalaman lemah dan serangan dari luar meningkat.

Zahid telah menunjukkan fokus pada usaha untuk bangkit, merapatkan saf dan kembali berjuang.

Beliau tidak memberi perhatian pada janji-janji seperti wang untuk membiaya kegiatan parti tetapi menumpukan pada apa yang paling penting terlebih dahulu.


Bagi Zahid, apa yang paling utama sekarang ialah menyusun dan merapatkan saf dan bangkit semula menghadapi cabaran terkini.

Beliau sedar yang tanpa barisan kepimpinan yang mendapat mandat, parti tidak akan dapat bangkit dan melawan kerana masih tiada pemimpin yang jelas.

Zahid menzahirkan tekad dan semangat untuk memimpin UMNO menghadapi cabaran terbaru ini, dan mensasarkan UMNO segera kembali merampas kepimpinan negara. – Mynewshub.cc

Kategori