Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Vokalis Kumpulan Popular...

SEORANG penyanyi lelaki berusia 36 tahun yang pernah popular pada awal 90-an ditahan...

Dong Zong, Yew Yin,...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Dong Zong, Koon Yew...

Swatch Bakal Hadir Dengan...

Pelbagai syarikat akhir-akhir ini memfokuskan kepada pengeluaran jam tangan pintar, tetapi ramai yang...

Anwar Ibrahim Menghadap Pemangku...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menerima...

Wanita Dakwa Suami Kena ‘Caras’ Individu Lain?

TULAR kalangan pengguna media sosial mengenai satu imej tangkap layar yang memaparkan seorang wanita mendakwa suaminya telah berjaya ‘dirampas’ oleh wanita lain.

Menerusi tangkap layar berkenaan, wanita yang dikenali sebagai Fatin Syafiqah mendedahkan individu terbabit mempunyai hubungan sehingga menyebabkan perceraian dirinya dengan suami.

Menurutnya lagi, individu terbabit turut mengganggu dan menghancurkan kebahagian rumah tangga yang dibina pasangan tersebut demi agenda kepentingan diri sendiri.

Pun begitu, susulan tularnya tangkap layar berkenaan, individu yang dimaksudkan itu kemudian tampil menyelar dakwaan tanpa usul periksa tersebut yang disifatkan sebagai satu tuduhan berat dan melampau.

Individu dikenali sebagai Nurul Najiha itu mendedahkan bahawa dakwaan berkenaan merupakan satu pembohongan dan fitnah semata-mata malah pihaknya dukacita atas kenyataan tidak bertanggungjawab itu.

Dalam pada itu, individu terbabit juga memberitahu telah membuat laporan polis demi membersihkan kembali namanya selain menuntut maruah dan harga diri yang tercalar ekoran penyebaran fitnah berkenaan.

Tidak terhenti di situ, individu terbabit turut menggesa wanita tersebut untuk memohon ampun dan maaf secara terbuka kepada dirinya kerana menyebarkan berita palsu tersebut.


Sehingga kini masih belum dapat dipastikan kesahihan mana satu cerita yang betul berhubung dakwaan tular oleh dua wanita tempatan ini.

Bagaimanapun, kami di Mynewshub berharap pertikaian dan konflik tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik. – MYNEWSHUB.CC

Kategori