Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

BN Mampu Rampas Kerusi...

SEREMBAN - Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong yakin...

MIC Sudah Serahkan Senarai...

KUALA LUMPUR ā€“ Senarai calon MIC untuk pilihan raya umum ke-14 telah diserahkan...

Pelabur Asing Lupus RM72...

KUALA LUMPUR ā€“ Sebanyak RM72 juta ekuiti tempatan dilupuskan oleh pelabur-pelabur asing minggu...

KKM Laksana Inisiatif ‘Turun...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) komited meneruskan inisiatif kerajaan...

Wanita Dilahirkan Tanpa Alat Sulit Jalani Pembedahan

SEORANG wanita Brazil yang dilahirkan tanpa memiliki alat sulit telah menjalani pembedahan yang mengubah hidupnya baru-baru ini.

Jucilene Marinho membuat pembedahan untuk membina alat sulitnya daripada kulit ikan.

Wanita berusia 23 tahun itu menjadi antara empat wanita pertama yang menjalani pembedahan neovaginoplasty pada April tahun lalu.

Jucilene mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan tersebut selepas menyedari dia dilahirkan dengan Mayer-Rokitansky-KĆ¼ster-Hause (MRKH) ketika berusia 15 tahun.

Ia adalah satu keadaan di mana seorang wanita itu tidak memiliki serviks, rahim dan ovari.

Jucilene melakukan pembedahan berkenaan di Universiti Persekutuan Ceara Brazil yang dijalankan oleh pakar sakit puan, Dr. Leonardo Bezerra, lapor Metro UK.

Prosedur itu memerlukan para doktor mengadakan satu ruang antara alat sulitnya dengan bahagian dubur bagi membolehkan acuan ikan tilapia dimasukkan.


Ikan itu mudah didapati di sungai-sungai di Brazil.

Kulit ikan itu digunakan kerana apabila ia bersentuhan dengan badan pesakit, ia berfungsi sama seperti ‘stem cells’ dan diserap ke dalam tisu bersel pesakit.

Akhirnya, ia akan berubah dan menghasilkan dinding yang seakan sama dengan alat sulit asli.

Selepas enam bulan bersetuju menjalani prosedur itu, Jucilene dapat melakukan hubungan kelamin buat kali pertama dengan teman lelakinya.

“Mula-mula saya takut untuk melakukannya sebab saya ingatkan ia akan menyakitkan.

“Tapi, ia menjadi detik yang bermakna kerana ia berkesan dengan sempurna. Tiada rasa sakit langsung,” kata Jucilene kepada FocusOn News. – mStar Online

Kategori