Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Esscom Akan Lancar Operasi...

KUDAT - Pasukan penguat kuasa di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas Presiden...

Minta Izin Rompak Kedai,...

ORANG Jepun memang terkenal dengan adab dan sikap sopan santun mereka, tetapi satu...

FAM Siasat Insiden Kekecohan...

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyiasat laporan yang mendakwa berlakunya kekecohan selepas...

Wanita Laung ‘Allahuakbar’ Tikam 2 Mangsa

MARSEILLE – Dua orang cedera di sebuah kawasan di selatan Perancis, semalam apabila seorang wanita melakukan serangan dengan pisau pemotong kotak sambil melaungkan ‘Allahuakbar’, kata pendakwa raya.

Dalam serangan lewat pagi di La Seyne-sur-Mer di luar pelabuhan Toulon di Mediterranean itu, seorang lelaki menjadi sasaran, namun kecederaan beliau tidak mengancam nyawa, kata pendakwa raya, Bernard Marchal kepada AFP.

Seorang wanita yang bertugas di kaunter keluar turut cedera juga tidak serius. Difahamkan, kedua-dua mangsa sudah dibawa ke hospital.

“Insiden ini adalah kes terpencil membabitkan suspek dengan masalah psikologi. Namun, kita tidak menolak kemungkinan bahawa dia mungkin sudah menjadi radikal,” kata Marchal.

Perancis kini dalam keadaan amat berjaga-jaga susulan beberapa serangan pengganas sejak awal 2015 sebahagian besarnya dilakukan suspek yang sudah menjadi radikal atau bertindak atas nama kumpulan Daesh. – AFP/BH ONLINE

Kategori