Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dera Bayi, Pengasuh Taska...

JOHOR BAHRU : Seorang pengasuh di sebuah taska swasta di Mutiara Rini, Skudai,...

KPWKM Tubuh Petugas Khas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan pasukan petugas...

Kanak-Kanak Maut Terkena Dahan...

ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak maut akibat terkena dahan pokok ru yang patah...

PKR, DAP Gelabah.. KDN...

KUALA LUMPUR - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggelabah dengan amaran kerajaan...

Wanita Mabuk Dirogol Dan Dibunuh, Kejutkan Penduduk

KEMATIAN seorang wanita, Nong Gift, 24, yang dirogol dan dipukul hingga mati, telah mengejutkan penduduk di daerah Chanthaburi, Thailand.

Nong, maut selepas menonton perlawanan bola sepak bersama rakan-rakannya di sebuah pub.

Dia dikatakan terlalu mabuk hingga tidak sedarkan diri dan telah diusung oleh empat lelaki di dalam sebuah trak pada pukul 2 pagi, kononnya untuk dihantar pulang.

Rakan-rakannya tidak berasa curiga kerana salah seorang daripada lelaki itu dikenali oleh Nong.

Malangnya, Nong dibawa ke sebuah ladang dan di situ dia dirogol serta dibunuh. Mayatnya ditemui dengan mulut berbuih, hidung berdarah dan sebahagian bajunya di atas lantai.

Salah seorang rakannya, Airziz Opachat berkata, seorang wanita turut membantu memasukkan Nong ke dalam kenderaan terbabit, menyebabkan mereka langsung tidak mengesyaki apa-apa.


“Aku minta maaf kerana tidak menjaga kau dengan baik,” kata Airziz.

Dalam pada itu, empat lelaki berkenaan telah ditangkap manakala rakaman CCTV di pub berkenaan memperlihatkan empat lelaki mengusung Nong, yang dalam keadaan mabuk ke keluar dari sebuah bar dan dimasukkan ke dalam sebuah kereta.

Bedah siasat kini dijalankan selepas keluarga Nong mendakwa wanita itu telah diberikan dadah.

Ini kerana kata mereka, Nong ada kalanya akan mabuk tetapi tidak sampai ke tahap sehingga tidak sedarkan diri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori