Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah Mengalah, PKR...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya akur dengan keputusan Sultan Selangor,...

7 Kapal Dikerah Cari...

Tujuh buah kapal dari Unit Keselamatan dan Penyelamat Basarnas dan dua helikopter Indonesia...

PSM Perlis Saran PBT...

PADANG BESAR - Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) cawangan Perlis menyarankan Pihak Berkuasa Tempatan...

Sultan Nazrin Gesa Tulis...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menggesa hakim Mahkamah Persekutuan dan...

Warga Asing Diarah Kosongkan Rumah PPR

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tempoh selama tiga bulan bermula hari ini bagi pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengosongkan rumah mereka yang disewa warga asing.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata sekiranya pemilik gagal mengosongkan premis berkenaan dalam tempoh tersebut, tindakan pengusiran terhadap penyewa warga asing itu akan dikuatkuasakan dan pemilik bakal berdepan dengan penalti dan hak pemilikan rumah ditarik balik.

“Tindakan ini diambil adalah bagi memastikan tiada lagi warga asing menduduki rumah PPR dan ini akan dimulakan dengan rumah yang di bawah jagaan KPKT dan seterusnya kita akan bergerak kepada sektor-sektor yang lain,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Katanya penguatkuasaan tersebut dilakukan dalam memastikan rakyat tempatan diberi keutamaan untuk mendapatkan rumah selain isu-isu sosial yang sering ditimbulkan oleh warga asing yang menduduki kawasan rumah terbabit.

“Kita juga mahu mengawal selia isu harga sewa di kawasan berkenaan yang mana kita tahu kebanyakan warga asing akan menawarkan kadar yang lebih tinggi berbanding rakyat tempatan,” katanya.

Zuraida dalam pada itu berkata KPKT akan mengkaji semula pelbagai aspek perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk prosedur operasi standard sedia ada dan memberi perhatian keadaan semasa fasiliti JBPM termasuk kenderaan, pili bomba dan peralatan menyelamat.

“Kita juga akan memberi fokus kepada kebajikan anggota JBPM di seluruh Malaysia terutamanya dari segi pendidikan anak-anak anggota, kebajikan bekas anggota dan balu akan dikaji semula serta akan membincangkan isu elaun kritikal anggota yang akan diselaraskan dengan keadaan ekonomi semasa,” katanya.


Menteri tersebut turut memaklumkan bahawa beliau akan berangkat ke Vilnius, Lithuania pada hari ini untuk menghadiri Himpunan Pemimpin Wanita Dunia.

Katanya menerusi platform tersebut KPKT akan menerajui pemberdayaan wanita melalui komuniti dengan memperkenalkan Titik Tumpuan Gender yang akan mengarusperdanakan kesaksamaan gender dalam kementerian, kerajaan tempatan dan juga masyarakat.

Ini selaras dengan Deklarasi Beijing dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita yang telah ditandatangani dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia sebelum ini serta selaras dengan tuntutan daripada Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi melaksanakan pemberdayaan wanita dalam masyarakat, katanya. – BERNAMA

Kategori