Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tangkapan Ingkar PKP Meningkat...

KUALA LUMPUR - Jumlah individu yang ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Bank Negara Malaysia Akan...

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti...

Petekma Cadang Bangun Aplikasi...

KUALA LUMPUR - Akur dengan kemajuan teknologi, Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan...

Ateis: Jawi Pantau Penglibatan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memantau dan menyiasat jika terdapat...

Yusri Che Lah Ganti Fajr Ibrahim Bimbing Kelantan

KOTA BHARU – Penolong jurulatih Kelantan Yusri Che Lah sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk membimbing The Red Warriors (TRW) selepas Ketua Jurulatihnya, Fajr Ibrahim meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata beliau menerima surat peletakan jawatan daripada bekas jurulatih kebangsaan Syria itu pada awal pagi tadi.

“Tugas Ketua Jurulatih TRW akan dipangku Yusri buat sementara dan beliau sedang membuat persiapan menentang Kedah malam ini di Stadium Darul Aman,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada Mac lepas, Fajr menggantikan Sathit Bensoh selepas jurulatih dari Thailand itu gagal membawa sebarang kemenangan kepada Kelantan.

Bagaimanapun, kehadiran Fajr tidak memberi sebarang impak positif terhadap Kelantan malah pasukan itu kini berada di kedudukan tercorot dalam Liga Super selepas hanya menang satu daripada tujuh perlawanan di bawah bimbingan jurulatih berkenaan.

Untuk rekod, Yusri menggalas jawatan tersebut kali kedua pada tahun ini selepas pertama kali menyandang posisi itu selepas Sathit digugurkan.


Bibi Ramjani berkata Fajr dalam suratnya menyalahkan kekurangan kemudahan ketika sesi latihan antara punca beliau meletak jawatan.

Kelantan kini berada di ambang penyingkiran ke Liga Premier musim depan, selepas berada di tangga ke-12 dalam saingan Liga Super musim ini.

Pemerhati melihat situasi tersebut terjadi berikutan tindakan Fajr melakukan rombakan pemain secara drastik dengan menggugurkan beberapa pemain senior termasuk Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Badri Mohd Radzi. – BERNAMA

Kategori