Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cadangan Tingkat Had Tuntutan...

KUALA LUMPUR - Cadangan meningkatkan jumlah had tuntutan di bawah Tribunal Tuntutan Pembeli...

5 Wakil Negara Ke...

KUALA LUMPUR - Lima wakil negara, masing-masing dua dalam kategori lelaki dan tiga...

MAS Berharap MH370 Akhirnya...

KUALA LUMPUR - Malaysian Airline System Berhad (Pentadbir Dilantik) atau MAS berharap maklumat...

Kerajaan Apa PH Ni?...

KRITIK... Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih berdegil kenakan harga petrol RON...

Zahid Mahu Wee, Annuar Hentikan Perang Mulut

KUALA LUMPUR – Pemangku Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menghentikan segera perang mulut mereka.

Katanya ini kerana UMNO dan MCA masih saling memerlukan bagi mengukuhkan BN.

Perbezaan pendapat antara kedua-dua pemimpin UMNO dan MCA itu juga hanyalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi parti masing-masing, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid juga menasihati kedua-duanya bersatu fikiran bagi menggembleng tenaga dalam barisan pembangkang.

Perang mulut itu tercetus apabila Wee yang juga Timbalan Presiden MCA dilaporkan berkata MCA tidak akan lagi memikul tanggungjawab atas kesalahan UMNO.


Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO membalas kenyataan tersebut dengan berkata era UMNO “menanggung” MCA juga sudah berakhir. – BERNAMA

Kategori