Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Harga Barang Terus Naik...

HARAPAN rakyat Malaysia khasnya penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) untuk menyaksikan harga barangan...

Bicara Tembak Jatuh MH17,...

AMSTERDAM - Hanya seorang daripada empat tertuduh dalam kes tembak jatuh pesawat MH17...

“Pokok RM180,000 Tak Mati,...

DAKWAAN menyatakan sebatang pokok benang sutera bernilai RM180,00 yang ditanam di Kuala Nerus, Terengganu...

Zahid Gesa Rakyat Kerjasama...

SEREMBAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat...

10 Perkara Yang Jadi Hak Setiap Rakyat

BERIKUT adalah senarai 10 perkara yang harus dimiliki rakyat di negara ini dan perlu diberikan perhatian segera oleh kerajaan. Ia bagi memastikan rakyat dan kerajaan sama-sama senang.

1. HAPUSKAN GST

Demi mememnuhi laungan kononnya hidup rakyat harus perbaiki dan beban hidup diringgankan, maka GST harus dihapuskan. Oh…dah turun 0 peratus yea… maka selaras dengan itu harus memastikan harga barangan keperluan harian dan perkhidmatan harus turun juga. Jangan jadi Menteri KPDNHEP yang minggu lepas cakap lain, semalam cakap lain pulak nanti lain tahun cakap lain.

2. SUBSIDI PETROL BERSASAR

Minyak petrol harus turun. Harga RON 95 yang mungkin sesuai ialah RM1.50 seliter. Menjadi hak setiap rakyat untuk mendapatkan bekalan minyak yang paling murah harganya di muka bumi.

3. HAPUSKAN HUTANG PENEROKA FELDA

Peneroka yang tak sedar diuntung selama ini seharusnya diuntungkan lagi. Menjadi hak mereka untuk pinjam duit Felda tapi tak perlu pulang balik. Kerajaan zalim mana yang bagi tanah, bagi rumah, bagi duit belanja macam-macam lepas tu tuntut balik hutang pulak? Jangan la tuntut.

4. KWSP UNTUK SURI RUMAH

Apakah wanita tidak ada tempat dalam negara ini? Pastikan tidak kan. Wanita yang sudah berumah tangga seharusnya diajar agar jangan percaya pada suami 100 peratus. Ambil sebahagian duit suami mereka dan serahkan kepada wanita berkenaan. Kepercayaan dalam hidup bersuami isteri harus juga berlandaskan berapa jumlah wang suami yang boleh dikaut. Kurang sikit beban kerajaan.

5. MENYAMARATAKAN GAJI MINIMUM

INI sesuatu yang semua rakyat negara ini, walaupun bukan dalam kategori yang menerima gaji minimum, harus suarakan dan mohon dilaksanakan. Apa punya haramjadah sesuatu kerajaan itu kalau tak nak guna kuasa yang ada untuk bantu rakyat bawahan? Biar la majikan lingkup dan ramai takda kerja, tetapi masa kerja itu ada, kikis semuanya. Apa bos aje nak hidup senang? Bos aje nak ada penyanyi Bollywood nyanyikan Happy Birthday? Pekerja bawahan pun nak jugak.

6. MENANGUHKAN BAYARAN PTPTN

Selain wajib memberikan pendidikan percuma, sungguh hina sesuatu kerajaan itu andai ia menuntut balik duit yang dibelanjakan untuk pendidikan anak-anak mudanya. Cadangan penulis, jangan kata mereka yang gaji bawah RM4,000, yang gaji bawah RM40,000 pun seharusnya diampunkan daripada membayar balik. Kerajaan yang cekap akan menyediakan pembelajaran percuma dari tadika sampai ijazah PHD.


7. MENYIASAT SKANDAL

Skandal-skandal seperti Forex, Perwaja dan sebagainya zaman Tun M berkuasa 22 tahun dulu seharusnya juga disiasat. Walaupun sudah lama berlaku, ia tidak bererti keadilan harus berakhir begitu sahaja. Rakyat ada hak untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku selama ini.

8. MENGEMBALIKAN STATUS SABAH DAN SARAWAK

Penulis ramai kawan-kawan di kedua negeri ini. Yes… hak mereka harus diberikan segera. Mulakan dengan meramaikan menteri dan timbalan menteri pada kedua negeri berkenaan. Jangan buat syarat sorang pada Sarawak dan sorang pada Sabah semata-mata.

9. SKIM PEDULI SIHAT

Nak tunggu bila lagi nak laksanakan benda mulia seperti ini? Punya ramai yang memerlukan bantuan. Ini satu cadangan penulis dan yakin ia memang satu hak yang harus ada pada setiap rakyat. Jangan tunggu ramai yang dah kembali ke rahmatullah baru nak mula.

10. KAJI SEMULA PROJEK MEGA

Projek-projek yang sebelum ini sudah dianugerahkan dengan adil harus dikaji. Pastikan ia diberhentikan sekejap, naikkan harga gila-gila dan kalau boleh serah kepada rakan-rakan atau kroni untuk buat. Bukan apa, kalau kroni yang buat, senang nak tegur, senang marah. Kalau kontraktor negara China yang buat, susah jugak nak ajak jumpa nak marah. Mana-mana projek yang dalam lingkungan RM9 Bilion, kasi naik la kepada RM31.5 bilion, tapi nak bagi rakyat sejuk hati, lepas tu bagi turun jadi RM16.3 bilion, kata la dapat jimat 47 peratus. Ini baru pengurusan ekonomi yang cekap. Apa-apa kurang guna la duit rezab negara yang Perdana Menteri sebelum ni bersusah-payah kumpul.

*DISCLAIMER: Semua idea di atas adalah hasil kajian penulis selama 17 tahun 8 bulan. Ia tidak meniru mana-mana hasil dapatan yang lain. Andai ada persamaan, ia hanyalah kebetulan semata-mata. – Mynewshub.tv

Kategori