Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Aplikasi MyPesara Terima Peningkatan

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) memperkenalkan aplikasi telefon pintar MyPesara...

37 Individu Ditahan Atas...

KUCHING - Polis menahan 37 individu termasuk lima warga asing atas kesalahan berjudi...

Yantzen Terima Hakikat Sudah...

PETALING JAYA - Penyanyi kelahiran Singapura, Yantzen tidak terkilan jika namanya semakin dilupakan...

Nazir Ariff Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Dua hari sebelum bermulanya saingan Liga Super, Presiden Persatuan Bola...

177 Kes Denggi Di Lahad Datu Setakat Semalam

LAHAD DATU – Lahad Datu merekodkan 177 kes denggi dari Januari sehingga semalam, kata Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lahad Datu, Stanley Chin Yat Min.

Beliau berkata pada 10 hingga 17 Julai lepas, pihaknya turut mengesan lokasi baharu berlaku denggi di Kampung Lok Bangah, Kampung Bumiputera, Kampung Sarif, Kampung Jawa, Ladang Kemajuan Ruta dan Bandar Wilayah.

“Turut berlaku peningkatan kes denggi di Kuarters Hospital Lahad Datu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama kepada petugas Jabatan Kesihatan bagi melakukan pemeriksaan serta kawalan pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah seperti semburan kabus (fogging).

Stanley turut menasihatkan individu yang mengalami simptom seperti demam agar segera ke klinik atau hospital berdekatan sebagai langkah awal mengenal pasti sama ada dijangkiti demam denggi atau sebaliknya. – BERNAMA

Kategori