Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mark Adam Antara Yang...

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon popular, Mark Adam mengakui dihubungi pihak Suruhanjaya...

RM118 Juta Bantu Penduduk...

PASIR PUTEH - Kerajaan persekutuan memperuntuk RM118 juta bagi membantu golongan miskin di...

Peraduan ‘Certot’ Menteri Pendidikan...

KUALA LUMPUR - Inisiatif Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk menyemarakkan sambutan Hari...

Ahli MBPP Daripada PAS...

GEORGE TOWN - Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mhd. Nasir Yahya yang...

2 Beranak Dalangi Kegiatan Seludup Minuman Keras

KUANTAN – Polis Marin Wilayah 3 merampas 7,794 minuman keras seludup dianggarkan bernilai hampir RM70,000 yang didalangi dua beranak dalam dua serbuan berasingan di sini, semalam.

Komandernya ACP Norzaid Muhammad Said berkata suspek berumur 32 tahun yang juga seorang peniaga ditahan pada 11.50 pagi dalam serbuan di sebuah pasar mini manakala ayahnya, 59, ditahan di sebuah gudang di Jalan Haji Ahmad di sini, kira-kira dua jam kemudian.

“Serbuan di pasar mini menemukan 618 tin dan 48 botol minuman keras pelbagai jenama di stor belakang pasar mini yang dianggarkan bernilai RM4,612.50.

“Hasil siasatan, suspek pertama telah menunjukkan arah ke gudang berkenaan yang mana terdapat 7,128 tin minuman keras, keseluruhannya dianggarkan bernilai RM63,936,” katanya pada sidang media di Jeti Markas Polis Marin Wilayah 3 di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya percaya minuman keras itu adalah untuk edaran di kedai sekitar daerah ini dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui dari manakah minuman keras tersebut diperoleh kerana terdapat lambing bebas cukai pada kotak minuman itu.


Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori