Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PST Perkasa Khidmat Kaunseling...

KUANTAN - Keperluan perkhidmatan kaunseling dan psikologi ketika krisis atau bencana diperkasakan dengan...

PAS Ulangi Pendirian Tolak...

KUALA LUMPUR - PAS mengulangi pendirian parti itu tidak akan menyokong 'deklarasi rakyat'...

Kerajaan Masih Dapat Sokongan...

PETALING JAYA - Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli-ahli Parlimen yang bersama-samanya...

Pelakon Wanita Bersama 2...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pelakon wanita berusia 20 tahun bersama dua...

2 Buruh Ditahan, Dadah Bernilai RM8,280 Dirampas

SUNGAI PETANI – Dua buruh lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan manakala dadah jenis heroin seberat 405 gram yang dianggarkan bernilai RM8,280, dirampas dalam serbuan pukul 10 pagi di sebuah rumah teres di Bandar Mutiara dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt. Sazalee Adam berkata, dalam serbuan itu, polis menemui satu beg plastik hitam mengandungi 414 paket plastik lutsinar berisi ketulan dan serbuk dadah di atas lantai di bilik utama rumah berkenaan.

“Polis menahan dua lelaki tempatan, masing-masing berusia 29 dan 24 tahun direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 21 Julai bagi membantu siasatan.

“Sementara itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 29 tahun positif dadah jenis Methamphetamine, manakala suspek berusia 24 tahun positif ganja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, hari ini.

Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek aktif dengan aktiviti pengedaran dadah sejak lima bulan lepas, dan kawasan tumpuan mereka ialah sekitar kawasan Flat Paya Nahu.

“Suspek berusia 29 tahun didapati mempunyai satu rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983, manakala suspek berusia 24 tahun mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


“Paket kecil dadah terbabit dipercayai dijual pada harga RM20 setiap satu..polis masih menyiasat dari mana bekalan dadah ini diperoleh dan sama ada ia berkaitan dengan sindiket pengedaran dadah,” katanya.

Katanya lagi, kawasan Flat Paya Nahu sering menjadi tumpuan pengedaran dadah, yang mana sebanyak 59 kes membabitkan 63 tangkapan direkodkan dari 1 Jan sehingga 15 Julai tahun ini, melibatkan rampasan 640.47 gram dadah jenis heroin, 36.6 gram syabu, 2.5 gram ganja dan 500 mililiter air ketum. – BERNAMA

Kategori