Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pengerusi UMNO Johor Tersentuh...

JOHOR BAHRU - Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata beliau tersentuh...

‘Bohonglah Kamal Tak Tahu...

PETALING JAYA – Pelakon Intan Ladyana menganggap dakwaan kononya Kamal Adli, 29, terkejut...

Sudan Bebaskan Semua Tahanan...

KHARTOUM - Presiden Sudan, Omar al-Bashir, pada Khamis telah mengeluarkan satu dikri membebaskan...

Semangat Kental Warga Emas...

Kuala Lumpur : Biarpun sudah berusia lebih setengah abad, sekumpulan warga emas yang...

3 Kawasan Perumahan Di P.Pinang Dilanda Banjir Kilat

GEORGE TOWN – Tiga kawasan perumahan di negeri ini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat yang berterusan kira-kira lima jam bermula pukul 1 pagi tadi.

Kawasan yang terlibat adalah di Jalan Tan Lu Ghee, Jalan York dan Jalan Ismail Che Mat Off Jalan P. Ramlee.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 3.29 pagi tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian didapati berlaku banjir kilat dengan paras kedalaman lebih kurang 1 meter.

“Tindakan anggota mengeluarkan seramai enam orang mangsa terdiri empat lelaki dan dua wanita dewasa yang terperangkap di dalam rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.


Menurut jurucakap itu lagi, mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Masjid Hashim Yahya.

Dalam pada itu, keadaan semasa paras air dilaporkan semakin menurun dan pasukan bomba yang terlibat adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak. – K! ONLINE

Kategori