Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1MDB Nafi Dakwaan Rafizi...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd. menafikan dakwaan berkaitan program Sukuk Bandar Malaysia...

Bung Moktar Tawar Diri...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menawarkan diri...

RM997 Juta Hutang Peneroka...

KUANTAN - Sejumlah RM997 juta hutang peneroka di negeri ini direkodkan masih belum...

Guna Khidmat Pemain Sepak...

KUCHING - Isu pasukan sepak takraw wanita Sarawak menggunakan khidmat tiga pemain Indonesia...

3 Lelaki Dipenjara Sehari Rasuah Penjawat Awam

ALOR SETAR – Tiga lelaki dipenjara sehari dan denda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berasingan menawarkan rasuah kepada penjawat awam antara November 2014 hingga Februari tahun lalu.

Hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh setelah mereka mengaku bersalah dan turut mengarahkan mereka menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Tan Kok Aun, 43, dan Loo Jiunn Shyan, 27, didakwa cuba memberi suapan kepada Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Nasruddin Abdul Rahman di premis hiburan Twenty 6, di Kampung Berjaya, jam 1.15 pagi, pada 27 Feb lalu.

Kok Aun yang bekerja sebagai subkontrator binaan didakwa cuba memberi suapan sebanyak RM1,000 untuk tidak menjalankan saringan air kencing mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Tertuduh kedua, Jiunn Shyan yang bekerja sebagai penjual telefon bimbit pula didakwa cuba merasuah sebanyak RM1,100 untuk melepaskan isterinya, Shirneen Goh yang disyaki positif dadah selepas menjalani saringan air kencing mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Sementara itu tertuduh ketiga, Ooi See Gee, 49, yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa cuba merasuah Pembantu Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Kamal Reza Kamal Pasha sebanyak RM1,200 supaya tidak mengambil tindakan ke atas dirinya kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan barang kawalan secara runcit atau tanpa lesen.

See Gee didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 36, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, pukul 11.45 pagi, 20 November 2014.


Kesemua pertuduhan tersebut adalah tertakluk di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa SPRM, Syahrul Khuzaini Amiruddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori