Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Tahun Ini, Fokus Utama...

SATU Malaysia bersimpati dengan kisah duka yang dialami penyanyi No.1 negara, Datuk Siti...

MRT Kurang Lebih 34,000...

KUALA LUMPUR – Pengoperasian Mass Rapid Transit (MRT) yang dilancarkan Disember lepas dijangka...

Ramai Muslim Jadi Calon...

WASHINGTON DC - Jumlah rekod calon Muslim Amerika akan bertanding dalam Pilihan raya...

Kuota Rumawip Kaum India...

KUALA LUMPUR - Kurang memahami prosedur memohon Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip)...

3 Maut, Motosikal Dinaiki Langgar Belakang Lori

KUALA LUMPUR – Tiga individu yang dipercayai menaiki sebuah motosikal maut apabila kenderaan itu terlanggar belakang lori di Km451.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Sungai Buloh, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shari’at berkata mangsa merupakan seorang wanita berusia 21 tahun, remaja perempuan, 14 dan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 9.30 malam dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa melanggar belakang kanan lori yang berhenti di lorong kecemasan.

“Motosikal itu kemudian terbabas di lorong kedua jalan dan dipercayai dilanggar oleh kenderaan lain yang tidak dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya kesemua mangsa yang dipercayai dari arah Rawang menuju Hospital Sungai Buloh itu maut di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.


Pemandu lori berusia 30 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat menurut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori