Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Editor Buku Hina Jata...

KUALA LUMPUR - Editor buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’,...

Operator E-Hailing Digesa Galakkan...

KUALA LUMPUR - Operator perkhidmatan e-hailing harus meningkatkan usaha menggalakkan lebih ramai pemandu...

Pelakon Lucah Biar Bayi...

Oregon – Seorang pelakon filem lucah Amanda Marie Hancock yang berusia 21 tahun,...

Microsoft Dan Yahoo! Berminat...

Baru-baru ini, Mozilla telah memilih Yahoo! sebagai penyedia enjin carian utama mereka di...

3 Maut Selepas Kereta Hilang Kawalan & Dirempuh Bas

IPOH – Tiga maut dalam kemalangan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas selepas tayar belakangnya pecah dan sebuah bas ekspres yang gagal mengelak, telah melanggar kenderaan itu di KM307 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata dalam kejadian 9.30 pagi itu, tiga mangsa yang maut menaiki kereta Toyota Vios dikenali sebagai Cheah Chui Yoong, 60 (wanita); adik lelakinya, Cheah Yook Ching, 57, dan Yew Kim Nyuk, 53 (isteri kepada Yook Ching).

Bryan Cheah Ern-Li, 24, yang merupakan pemandu dan bapanya iaitu penumpang sebelah pemandu, Cheah Chee Voon, 61, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kampar, katanya. (Chee Voon merupakan abang kepada Chui Yoong dan Yook Ching).

“Pemandu serta 16 penumpang bas ekspres berkenaan berumur lingkungan 11 hingga 39 tahun, tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kereta Toyoto Vios dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh itu telah mengalami tayar pecah di bahagian belakang kiri, lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.


“Kereta berkenaan berpusing beberapa kali dan masuk balik ke lorong laju. Kemudian, bas ekspres yang datang dari arah belakang gagal mengelak, telah melanggar kereta itu menyebabkan tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan maut di tempat kejadian,” katanya. – BERNAMA

Kategori