Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

39 Peserta Bogel Di...

SERAMAI 39 individu termasuk dua wanita ditahan polis selepas didapati berkelakuan tidak senonoh dengan...

Kartunis ‘Sindir’ Peniaga Main...

BERNIAGA itu tidak salah tetapi cara menjalankan perniagaan dengan meletakkan nama seperti mempergunakan...

Pesawat Lion Air Terhempas,...

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan pesawat Lion Air terhempas di perairan Karawang,...

Mayat Pendaki Tergantung Dan...

NGERI… Seorang pendaki terkenal di Rusia, Yevgeny Tikhonov ditemui meninggal dunia dengan mayatnya...

303,856 Pemegang Kad MYPR & MYKAS Didaftar Setakat Jun

KUALA LUMPUR – Seramai 269,899 pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) dan 33,957 Pemastautin Sementara (MyKas) yang berdaftar direkodkan di Jabatan Pendaftaran Negara sehingga 30 Jun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata statistik menunjukkan Johor mempunyai seramai 38,239 pemegang MyPR dan 1,709 (MyKas); Kedah 5,535 (MyPR) dan 207 (MyKas); Kelantan 5,019 (MyPR) dan 1,878 (MyKas) dan Melaka 411 (MyPR) dan 275 (MyKas).

“Selain itu, Negeri Sembilan seramai 6,423 pemegang MyPR dan 242 pemegang MyKas; Pahang 7,800 (MyPR) dan 261 (MyKas); Pulau Pinang 10,565 (MyPR) dan 161 (MyKas); Perak 11,065 (MyPR) dan 487 (MyKas), Perlis 1,079 (MyPR) dan 38 (MyKas); Selangor 10,845 (MyPR) dan 849 (MyKas).

“Sementara itu, Terengganu mencatatkan seramai 44,288 pemegang MyPR dan 21,140 pemegang (MyKas); Sabah 2,399 (MyPR) dan 1,507 (MyKas); Sarawak 75,440 (MyPR) dan 2,417 (MyKas); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,515 (MyPR) dan 419 (MyKas); Wilayah Persekutuan Labuan 44,995 (MyPR) dan 1,137 (MyKas); dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 3,281 (MyPR) dan 330 (MyKas) ,” katanya pada waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu statistik bilangan kad MyPR, MyKas dan orang tanpa warganegara mengikut negeri serta tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut dan sama ada golongan berumur 60 tahun ke atas tersebut boleh diberikan kewarganegaraan.

Liew berkata kerajaan sentiasa mematuhi syarat ditetapkan oleh undang-undang untuk memberikan kewarganegaraan dengan memastikan kad MyPR dan MyKas diberikan kepada individu yang benar-benar layak serta dapat memberikan sumbangan signifikan kepada negara.


“Bagi golongan yang berumur 60 tahun ke atas kelonggaran kewarganegaraan diberikan oleh kerajaan dengan mengambil kira faktor pengetahuan bahasa namun hanyalah bagi kes-kes tertentu sahaja.

“Sehingga 2 Julai lepas, sebanyak 106 permohonan yang mematuhi undang-undang sedia ada telah diluluskan oleh kementerian,” katanya. – BERNAMA 

 

Kategori