PHNOM PENH – Seramai 32 wanita warga Kemboja ditahan hari ini, kerana disyaki terbabit dalam operasi ibu tumpang haram dan mereka dipercayai sedang mengandung bayi bagi pihak pelanggan warga China.
Menurut jurucakap Mahkamah Bandaran Phnom Penh, Y Rin, yang turut ditahan lima lagi individu, termasuk seorang warga China dan mereka didakwa terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia, susulan serbuan ke atas dua pangsapuri, di sini.
“Kesemua wanita mengandung itu ditahan dalam beberapa serbuan bulan lalu dan 32 daripada mereka didakwa semalam, atas tuduhan pemerdagangan manusia merentas sempadan.
“Mereka kini ditahan di pusat tahanan sementara,” kata Y Rin.
Kemboja adalah destinasi popular dalam kalangan pasangan yang ingin memperoleh anak menerusi kaedah ibu tumpang secara komersial, namun ia diharamkan pada 2016. – Reuters