Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Kereta Terbang’ Sejenis Dron,...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengumumkan kereta terbang yang diuar-uarkan...

Pembantu Peguasa Kastam Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu penguasa Kastam hari ini mengaku tidak bersalah di...

Gempa Bumi Sederhana Gegar...

JAKARTA - Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan kawasan tenggara...

Hot FM Anjur Game...

SEPERTI yang ramai sedia maklum, Media Prima Radio bakal memperkenalkan sebuah lagi stesen...

37,986 Kes Direkod Seluruh Negara Hingga Khamis

KUALA SELANGOR – Sebanyak 37, 986 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara setakat Khamis, dengan kebanyakan negeri kecuali Sarawak merekodkan peningkatan berbanding tahun lepas.

Menteri Kesihatan Dr Zulkefly Ahmad berkata jumlah wabak HFMD yang dilaporkan pula ialah 1,093 dengan 539 premis iaitu 241 taska, 259 tadika dan 39 sekolah, ditutup di seluruh negara.

Beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah kes HFMD tertinggi iaitu sebanyak 11, 349 kes diikuti Kuala Lumpur (4,428) dan Sarawak (4,412).

“Kita menyeru semua pihak termasuk ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan dengan menerapkan amalan kebersihan di kawasan rumah dan sekolah.,” katanya yang ditemui selepas menghadiri program gotong-royong perangi aedes di Residensi Warnasari, Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (E71) yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.

Sementara itu, mengulas mengenai program hari ini, Dr Zulkefly berkata kementerian akan mempergiatkan program gotong-royong secara mega di seluruh negara terutamanya di Selangor, dengan penglibatan komuniti setempat sebagai langkah memerangi denggi.


“Seperti yang kita ketahui Selangor masih lagi merekodkan situasi denggi tertinggi di Malaysia apabila sejumlah 21,648 kes dicatatkan mulai 1 Jan hingga 21 Julai tahun ini.

“Susulan itu, saya juga mahu Joint Management Body (Badan Pengurusan Bersama) dan penduduk setempat di kawasan flat serta pangsapuri di negeri ini memainkan peranan aktif dalam aktiviti pembersihan bagi memastikan kawasan persekitaran bersih dan bebas aedes,” katanya. – BERNAMA

Kategori