SEBUAH trak dari Myanmar terbalik di sebuah kem pelarian Bangladesh untuk Muslim Rohingya, menyebabkan sekurang-kurangnya empat pelarian maut, tiga daripadanya sekeluarga.
Polis berkata, nahas berlaku di Cox’s Bazar berhampiran Myanmar dan seorang mangsa yang maut adalah bayi berusia sebulan.
Trak terbabit yang membawa buluh terbalik berhampiran kem Balukhali, menempatkan ratusan ribu Rohingya.
Kebanyakan pelarian tinggal dalam pondok diperbuat daripada buluh dan kepingan plastik di kawasan bukit curam di Cox’s Bazar.
Jumlah itu bertambah sejak Ogos lalu sejak operasi ketenteraan di Myanmar susulan serangan pemberontak Rohingya ke atas pasukan keselamatan, menjurus pelarian besar-besaran ke Bangladesh. – MyMetro