Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Madrasah Pertama Belajar Guna...

KUALA TERENGGANU - Madrasah moden yang pertama di Terengganu akan mula beroperasi pada...

Jaminan Elaun Sara Hidup...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengulangi jaminan...

JAWI Minta Pihak Salur...

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memohon mana-mana pihak yang...

Vanidah Imran Larikan Buku...

RASANYA antara artis popular yang jarang kita dengar dilanda kontroversi, salah seorangnya adalah Vanidah...

5 Didakwa Kes Tuntutan Palsu Babitkan BTN Sarawak

KUCHING – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman lima hari terhadap tiga lelaki dan dua wanita bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu melibatkan nilai RM600,000.

Perintah dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syukri Mokhtar susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili Pegawai Pendakwa SPRM Mohamad Ikhwan Ibrahim dan Dzulkarnian Rosan Hasbi.

Kesemua tertuduh yang berumur antara 34 dan 55 tahun itu mengangguk faham semasa dimaklumkan mengenai reman ke atas mereka dan memohon supaya tempohnya disingkatkan.

Dzulkarnain yang ditemui di luar mahkamah berkata kesemua mereka ditahan di pejabat SPRM di sini petang semalam semasa hadir untuk memberi keterangan berhubung kes rasuah yang membabitkan Biro Tatanegara Sarawak (BTN).

Katanya kesemua lima tertuduh mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Beberapa media tempatan hari ini melaporkan bahawa tiga daripada mereka yang ditahan pernah berkhidmat di Biro Tatanegara (BTN) Sarawak, dengan dua daripadanya berstatus bekas Penolong Pengarah Kanan BTN dan sudah dipindahkan ke jabatan lain serta ada yang sudah bersara.

Menurut laporan, mereka dipercayai bersubahat dengan 43 syarikat di seluruh Sarawak, mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja.

Katanya siasatan mendapati kira-kira 70 peratus daripada perkhidmatan atau pembekalan yang didakwa dilaksanakan syarikat terbabit adalah tidak wujud, atau tidak dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan. – BERNAMA

Kategori