Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RCI Forex: Anwar, Mahathir...

KUALA LUMPUR - Nama-nama yang bakal dipanggil bagi membantu siasatan dalam kes kemungkinan...

Pekerja Asing Perlu Jalani...

PUTRAJAYA: Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) menetapkan tiga syarat baharu bagi...

Angka Korban Tsunami Selat...

Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat...

Rita Kesal Peminat Terlalu...

PELAKON popular, Rita Rudaini meluahkan rasa kesal terhadap tindakan sesetengah kelab peminat yang...

7 Penduduk Awam Maut Serangan Udara

BEIRUT – Serangan udara hari ini mengorbankan tujuh penduduk awam di wilayah barat daya Syria yang bersempadan dengan Golan Height yang diceroboh Israel, kata pemerhati perang.

Rejim Damsyik menyerang Quneitra sejak kelmarin dalam usaha menawan semula wilayah itu daripada pemberontak selepas berjaya menguasai semula kebanyakan daerah di Daraa dalam masa tidak sampai sebulan.

“Enam penduduk awam termasuk dua wanita dan tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara berhampiran Ain al-Tina di sempadan Quneitra dengan Daraa, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Tidak dapat dipastikan sama ada serangan dilancarkan rejim atau sekutunya, Russia.

Di barat wilayah Daraa, serangan udara Russia meragut nyawa seorang penduduk awam berhampiran kampung Al-Aliya.


“Sejak pagi ini, serangan udara sengit Russia dan bom tong yang digugurkan rejim mensasarkan kawasan terletak antara Quneitra dan Daraa,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

Dalam masa dua hari sejak kelmarin, sekurang-kurangnya 43 tentera rejim maut di Daraa dan Quneitra, manakala 48 lagi di pihak pemberontak dan militan. – AFP

Kategori