Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Michelle Yeoh Bakal Berlakon...

PELAKON antarabangsa kelahiran Malaysia dari Perak, Tan Sri Michelle Yeoh melebarkan sayap kariernya lagi...

Lim Guan Eng Mahu...

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri...

Sathianathan Sah Pengendali Baharu...

KUALA LUMPUR – Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan sah...

2 Individu Disyaki Dalang...

DUA individu yang disyaki sebagai dalang di sebalik insiden provokasi dan ancaman terhadap...

7 Warga Indonesia Ditahan Bersama Syabu

BINTULU – Polis menahan tujuh warga Indonesia serta merampas dadah jenis syabu seberat 34.07 gram bernilai RM4,500 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Abang Galau pada 1.30 tengah hari semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Sahar Abdul Latif berkata mereka terdiri daripada enam lelaki serta seorang wanita berumur 20 hingga 32 tahun.

“Kesemua tujuh suspek telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan daripadanya termasuk wanita tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sahar berkata kesemua suspek yang kini ditahan di lokap Balai Polis Sentral Bintulu tidak mempunyai rekod jenayah dan dipercayai mendapat bekalan dadah dari pengedar tempatan.

Katanya sewaktu serbuan dilakukan, polis menemukan dadah jenis syabu yang diisi dalam keratan tiub penyedut minuman dalam poket seorang daripada suspek diruang tamu rumah berkenaan. – BERNAMA

Kategori