Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Abdul Wahid Kembali Ke...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Wahid Omar kembali ke dunia korporat hari...

KPDNKK Pahang Rampas Barang...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas sejumlah...

Pemimpin Melayu Dalam PH...

BERA - Pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai ‘pak turut’ apabila...

5 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima kluster baharu yang...

A. Aida, Ariff Aziz Nikah Sabtu Ini

BAKAL mendirikan rumahtangga bersama penerbit drama terkenal Datuk A. Aida, 47,  Sabtu ini, pelakon Ariff Aziz, 29, berkata dia berasa sedikit gementar tetapi lebih teruja dan bersedia untuk menjadi suami kepada wanita pilihannya itu.

“Insya-Allah pada 21 Julai ini majlis pernikahan saya dan A. Aida akan berlangsung. Saya rasa teruja tapi ada sedikit gementar.

“Mana ada lelaki yang nak akad nikah tak rasa gementar kan? Yalah, selepas ini tanggungjawab saya lebih besar.

“Apa-apa yang saya mahu lakukan selepas ini kena fikir isteri dan anak-anak. Tak boleh nak pentingkan diri sendiri,” kata Ariff kepada mStar Online.

Penerbit A. Aida, 47.

Tambah Ariff, atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abdul Aziz, segala persiapan majlis berjalan lancar dengan beberaa pihak yang memberikan bantuan termasuklah perancang perkahwinan.

“Alhamdulillah, segala persiapan berjalan dengan baik. Saya bersyukur kerana menerima beberapa bantuan dari pihak-pihak tertentu.


“Saya juga ada melantik perancangan perkahwinan di sebelah pihak saya. Buat masa sekarang, semuanya berjalan dengan lancar,” tambahnya lagi.

Pada 5 Julai lalu, A. Aida menerima lamaran Ariff di sebuah restoran Arab di Kampung Baru dengan menyarungkan cincin lamaran sambil diiringi petikan gitar oleh rakan mereka.

Menurut Ariff, dia mempunyai keinginan untuk melihat bakal isterinya itu memakai tudung tetapi ia bukanlah satu paksaaan namun A. Aida sendiri merelakan hati untuk menetup aurat selepas bergelar isteri. -MYNEWSHUB.TV

Kategori