Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Isu Banjir: PFP Akan...

GEORGETOWN - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bakal berdepan tindakan undang-undang daripada Penang...

Hakim Bergambar Separuh Bogel...

TOKYO - Seorang hakim Jepun yang memuat naik gambar separuh bogel dirinya terikat...

9,380 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Angka kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan hari ini iaitu 9,380...

Dah Biasa Berlawak, Achey...

SINONIM dengan watak lawak bersahaja dan suara nyaring yang dimilikinya, Achey makin dikenali...

A Aida Nikahi Jejaka 29 Tahun

PERKENALAN tiga tahun yang menimbulkan bibit cinta akhirnya menyatukan penerbit, Datuk A Aida, 47, dan jejaka pilihan hati, Ariff Aziz, 29, di sebuah hotel di sini, pada jam 8.50 malam tadi.

Dengan dua kali lafaz, Aida dan bintang drama Tundukkan Playboy Itu, selamat diijabkabulkan disaksikan kira-kira 300 tetamu dalam kalangan ahli keluarga, kenalan dan wakil media.

Majlis akad nikah Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang disempurnakan Iman Dua Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, Mohammad Imran Nasohah.

Ariff atau nama sebenarnya, Wan Izma Ariff Abd Aziz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 bersama tiga dulang termasuk wang hantaran RM20,000, cincin jenama Cartier seberat 1.42 karat dan beg tangan jenama Hermes.

Pengantin perempuan pula membalas lima dulang berupa jam tangan jenama Hublot, cincin, beg bimbit jenama Louis Vuitton, minyak wangi jenama Chanel, kuih-muih dan manisan.

Pasangan pengantin tampak berseri dengan busana sedondon putih.


Aida dan Ariff berkenalan sejak 2015 ketika menjalin kerjasama dalam beberapa projek drama terbitan A Aida Productions.

Bagaimanapun, bibit cinta mula bersemi sejak tiga bulan lalu selepas Ariff putus tunang. Melihat budi baik, sikap bertanggungjawab dan sempurna pegangan agama, Aida terbuka hati menerima lamaran Ariff.

Pada 4 Julai lalu, Ariff membuat kejutan dengan melamar Aida di sebuah restoran Arab di ibu negara, dengan memberi sebentuk cincin.

Majlis resepsi akan diadakan di rumah peranginan Aida di Janda Baik, Pahang pada 20 April 2019. Tarikh itu dipilih sempena ulang tahun kelahiran Aida yang juga ibu kepada tiga cahaya mata.

Ini adalah perkahwinan keempat Aida. – BH Online

Kategori