Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tangan Tersekat Dalam Lubang...

GUANGYUAN – Hanya kerana gigi palsu, seorang nenek, Zhang, 85,  terpaksa menghabiskan masa...

Pendatang Tanpa Izin Jadikan...

LABUAN - Pendatang tanpa izin yang menjadi usahawan dalam sekelip mata menjadikan bandar...

Bekas CEO Sapura Energy...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli akan mempertahankan...

Kes Khairuddin Dan Chang...

KUALA LUMPUR - Kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri...

Adakah Penting Hitam Atau Putih Tanya MCA Kepada Maszlee

KUALA LUMPUR – MCA hari ini mempersoalkan keputusan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengarahkan pelajar sekolah menggunakan kasut berwarna hitam bermula sesi tahun depan.

Jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, adalah sesuatu yang dangkal jika menjangkakan dengan memakai kasut berwarna hitam akan membantu untuk mengatasi isu kasut kotor dalam kalangan pelajar sekolah.

Jelas beliau, kasut putih sebenarnya membentuk dan menerapkan sikap pembersih dalam diri pelajar.

“Ianya adalah satu paradoks untuk mengandaikan kekotoran pada kasut berwarna hitam kurang kelihatan kerana debu perang tetap jelas kelihatan pada permukaan berwarna hitam.

“Adalah dangkal untuk mengandaikan kekotoran pada kasut berwarna hitam lebih bersih dari kasut berwarna putih serta tidak perlu dibasuh selalu,” kata Lian Ker dalam satu kenyataan hari ini.


Jika pendirian warna hitam boleh mengatasi isu kekotoran dan kebersihan, Lian Ker menyarankan Kementerian Pendidikan agar menukar warna pakaian seragam sekolah hitam.

Lian Ker berkata, sudah sampai masanya Menteri dari Pakatan Harapan untuk tidak melakukan tindakan populis seperti yang mereka pernah lakukan ketika menjadi pembangkang.

Kementerian Pendidikan juga disaran beri lebih fokus terhadap isu di sekolah seperti kes buli, samseng dan memastikan pelajar kawasan pendalaman ada ekses yang mudah terhadap pendidikan.- UTUSAN ONLINE

Kategori