Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tak Mengaku Salah Tendang...

PETALING JAYA - Lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Situasi Banjir Di Pahang,...

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di beberapa kawasan di Johor dan Pahang tidak...

Jho Low Tawar Bantu...

BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengakui Thaek Jho Low atau Jho Low...

Kawalan Keselamatan Semua Pintu...

KUALA NERUS - Kawalan keselamatan di semua pintu masuk seluruh negara termasuk laluan...

Adakah Trio Ini Boleh Diharap Jaga Islam?

GEMPAR… Akhir tahun lalu, umat Islam Indonesia kecoh apabila mahkamah perlembagaan negara itu memutuskan zina atau hubungan seks luar nikah bukan lagi disifat sebagai kes jenayah awam.

Keputusan Ketua Hakim Mahkamah, Arief Hidayat iktiraf zina tidak bercanggah dengan perlembagaan republik itu namun dikritik keras pelbagai badan hal ehwal Islam tempatan sebagai sengaja ‘cari bala’ langgar perintah Tuhan.

Umat Islam di negara paling ramai Muslim di dunia itu ternyata kecewa apabila lima daripada sembilan hakim panel adalah beragama Islam yang tidak dapat berbuat apa-apa akibat pengaruh tekanan kumpulan anti-Islam Indonesia.

Begitulah nasib Islam di negara terbesar ASEAN, manakala jiran kecil, Singapura pula menyaksikan minoriti Islam didiskriminasi waima gaji mereka wajib dipotong untuk kos selenggara masjid sebab ia tidak dibiayai pemerintah.

Seperti juga Indonesia, komuniti Islam di Singapura dimurtad secara terbuka apabila bebas kahwin dengan bukan Muslim dan lebih teruk, azan di negara pulau itu hanya dalam bangunan kerana dianggap konon cemar bunyi alam.

Malangnya, kisah buruk di dua buah negara jiran Malaysia itu tidak dijadikan iktibar oleh generasi muda apabila mereka memilih Pakatan Harapan (PH) yang jelas dalam manifestonya langsung tiada usaha untuk martabat Islam.

Padahnya dapat disaksikan semalam apabila buat julung kali dalam sejarah, tiga jawatan penting melibatkan bab perundangan negara dikuasai bukan Islam yang kebetulan mempunyai rekod kurang mesra terhadap syiar Islam.

Bermula dengan pelantikan kontroversi Peguam Negara baharu, Tommy Thomas pada 5 Jun lalu, diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong pada 2 Julai lepas pula.

Dan terakhir pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang secara tergesa-gesa di Istana Negara semalam pada ketika Tun Raus Sharif masih lagi penyandang jawatan tertinggi kehakiman itu sehingga 31 Julai ini.

Apakah ini bencana bagi umat Islam Malaysia dan kebetulan pula, sehari sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin rebah di pentas secara tiba-tiba.

Ada menyifatkan kejadian unik itu sebagai peringatan oleh Allah SWT kerana Ahli Parlimen PAN Sepang di Selangor tersebut pernah celupar di Dewan Rakyat tahun lalu apabila angkuh cuba menyamakan dirinya seumpama Tuhan.

Baca: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

Dan: Bukan Muslim Kini Dominasi Kerajaan Baharu Malaysia

Juga: DAP Tetap Kuasai Portfolio Strategik Jemaah Kabinet

Adakah Trio Ini Boleh Diharap Jaga Islam?

Lebih unik, Mohamed Hanipa ‘tumbang’ ketika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; yang diketahui tidak prihatin dengan isu Islam, berucap perlekeh umat Islam cuma bergantung nasib doa dan solat hajat untuk berjaya.

Mungkin semua insiden berlaku secara kebetulan, namun pelantikan Malanjum yang pernah dicadang sendiri oleh ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang sebelum ini memang dirancang parti itu amat teliti, bukannya ia terjadi secara kebetulan.


Hakikatnya, pelantikan Malanjum adalah cabaran besar buat umat Islam di Malaysia yang ‘kufur nikmat’ Tuhan sepanjang 61 tahun ditadbir Barisan Nasional (BN) apabila mahu negara ini diperintah oleh PH yang entah apa-apa!

Untuk rekod, dalam kes permohonan Lina Joy pada 2007 untuk tukar agama daripada Islam kepada Kristian, tiga hakim terlibat dalam proses kehakiman. Dua hakim (orang Islam) tidak bersetuju membenarkan Lina Joy murtad.

Manakala seorang hakim iaitu Malanjum, mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar Islam. Kemenangan kes itu mula menjadikan amalan murtad di negara ini dapat dihujah dari sudut sistem kehakiman dan perundangan.

Seterusnya pada tahun 2015 pula, kes rayuan penggunaan kalimah Allah untuk merujuk kepada God oleh akhbar Kristian tempatan, The Herald telah ditolak oleh keputusan majoriti panel hakim mahkamah (iaitu 4 berbalas 3).

Salah seorang daripada tiga orang hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah itu ialah Malanjum. Ini adalah satu langkah bagaimana sistem kehakiman boleh tutup ruang untuk berlaku mudarat besar kepada agama.

Namun pada awal tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama Hindu oleh tiga anak guru tadika, M. Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Antara yang undi batalkan penukaran agama tersebut ialah Malanjum. Keputusan kehakiman memang terletak pada hati hakim. Bukan semata-mata teks dan fakta kes kerana hati yang ada pada hakim itu menafsir teks dan fakta kes.

Hakim yang diyakini keislamannya, hatinya akan cenderung kepada syiar Islam, sementara hakim yang beriktikad dengan akidah agama lain atau sekular akan cenderung kepada kepercayaan agama anutan dan iktikadnya sendiri.

Jika beginilah senario buruknya, adakah umat Islam di negara ini boleh lagi mengharapkan kepada mereka yang bukan Muslim untuk jaga kepentingan ehwal masyarakat Islam selepas ini. Tepuk dada dan tanyalah iman di hati.

Bak kata ulama tersohor Nusantara, Hamka dari Indonesia: “Jika anda masih diam saat agamamu itu dihina oleh musuh Islam, maka gantikanlah sahaja bajumu itu dengan kain kafan.” Fikir-fikirkanlah!  – Mynewshub.TV

*Video ini sekadar tazkirah…

Kategori