Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Teman Lelaki Siti Nuramira...

PETALING JAYA : Teman lelaki, Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam di...

Generasi Muda Makin Lemah,...

PENGACARA hebat Datuk Aznil Nawawi dikenali ramai disebabkan sikap baik hatinya yang sering...

Wanita Ditahan Belasah Suami...

SEORANG wanita di SW Sadwick Ave, Port St.Lucie, Florida, Amerika Syarikat ditahan pihak...

Anak Muda Melayu Perlu...

KUALA LUMPUR - Anak muda Melayu perlu menguasai bidang teknologi dan maklumat termasuk...

Agong Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat yang diadakan bersempena sambutan Hari Pahlawan 2018 di Masjid Khalid Al-Walid di sini hari ini.

Mengiringi Seri Paduka ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Kira-kira 1,000 anggota pasukan keselamatan menghadiri majlis yang diadakan bagi mengenang jasa perwira negara yang terkorban untuk mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.

Esok, Sultan Muhammad V dijadual berangkat menghadiri sambutan Hari Pahlawan 2018 di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya. – BERNAMA

Kategori