Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Mengamuk Campak...

KUALA LUMPUR - Perbuatan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mencampak mikrofon...

Kolej KLIA Mahu Jadi...

KUALA LUMPUR - Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA (Kolej KLIA) berharap status institusi...

Pengikut GISBH Yakin Selamat...

KUALA LUMPUR: GISB Holdings (GISBH) dikenal pasti melakukan penyelewengan akidah, syariah dan akhlak,...

Punca 3 Beranak Lemas...

KANGAR - Bedah siasat yang dibuat oleh tiga pakar forensik terhadap tiga mayat...

Aliff Syukri Akui Ferrari Terbakar Itu Miliknya

HANGUS… Akhirnya insiden sebuah kereta mewah jenama Ferrari yang musnah terbakar di lebuh raya semalam diakui milik usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Media tempatan sebelum itu melaporkan kejadian dramatik tersebut berlaku di Kilometer 39.5 Lebuh Raya Kesas dari Persiaran Kewajipan menghala ke Plaza Tol Sunway, Petaling Jaya dekat ibu negara semalam.

Dalam insiden kebakaran kira-kira pukul 4 petang itu, kenderaan mewah import terbabit difahamkan dipandu oleh individu lain yang dipercayai disewa khas terus daripada selebriti terbabit untuk tujuan tertentu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari ketika dihubungi juga mengesahkan mengenai perkara itu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kes tersebut.

Dalam pada itu, Aliff Syukri hari ini memuat naik satu rakaman video dalam laman sosial Instgram miliknya memaklumkan beliau berasa sedih mengenai kejadian yang menimpa kereta kesayangannya itu.


Ujar beliau lagi dalam nada kesedihan, kereta terbabit sebenarnya telah dibeli dengan harga RM1.8 juta dan insiden berkenaan menyaksikan Ferrari yang berwarna merah itu hangus 100 peratus.

“Aku insan lemah. Kuatkanlah semangatku Ya Allah. Apa patut saya buat… Kereta kesayangan aku beli RM1.8 juta,” kata Aliff Syukri yang terkenal dengan pelbagai kenderaan mewah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori