Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 2 Lelaki...

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita selepas menemui sejumlah...

Anwar Tinggalkan Istana Negara,...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk...

Might Sumbang Jentera Pengumpul...

GURUN - Kumpulan Industri Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (Might) hari ini menyumbangkan...

Parti Serpihan Tak Lunturkan...

JERANTUT - Penubuhan parti baharu serpihan UMNO tidak akan melunturkan semangat anggota, sebaliknya...

Anak Gajah Ditemui Mati Ditembak Di Kinabatangan

SANDAKAN – Tiga ekor gajah ditemui mati di Sabah dalam tempoh lapan hari, kali ini ditembak di Kampung Karamuak, Tongod di Kinabatangan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar Sabah, Siti Nur’Ain Ampuan Acheh berkata ketika dalam perjalanan pulang selepas melakukan kawalan gajah di Kampung Karamuak, sepasukan renjer dari Pejabat Hidupan Liar Kinabatangan, tersandung bangkai gajah itu di tepi jalan pada 7.40 pagi, semalam.

“Anak gajah jantan itu dianggarkan berusia antara tiga hingga empat tahun, dan satu pasukan dihantar hari ini bagi menyiasat dan melakukan bedah siasat untuk mencari punca kematian gajah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat luka pada pinggul kanan dan menemui serpihan peluru dalam perut haiwan terbabit.

Siti Nur’Ain berkata sebahagian usus gajah tersebut koyak dan terdapat pendarahan dalaman yang teruk di dalam perut sehingga mengakibatkan saluran darah rosak.

Beliau berkata punca kematian gajah terbabit disebabkan pendarahan dalaman yang teruk akibat serpihan peluru tersebut.

“Jika dilihat daripada kecederaan serta serpihan peluru terbabit, gajah tersebut mungkin ditembak dari jarak dekat… dari tempat tinggi atau dari belakang kenderaan,” katanya.


Siti Nur’Ain berkata menurut maklumat yang diperoleh daripada siasatan dijalankan, sekumpulan gajah itu berada di Kampung Karamuak sejak sebulan lepas.

Beliau berkata pasukan penyiasat akan meneruskan siasatan terhadap kes tersebut dan mencari mereka yang bertanggungjawab membunuh haiwan terbabit.

Pada 19 Julai lepas, seekor gajah jantan ditemui mati berhampiran kem pembalakan yang ditinggalkan di Hutan Simpan Kuamut di Kinabatangan, dipercayai akibat bergelut dengan gajah yang lebih besar sehingga menyebabkan keretakan teruk pada tengkorak kiri.

Sementara seekor gajah jantan dengan kecederaan teruk pada kaki, ditemui mati pada 16 Julai lepas di kawasan ladang sawit di Ulu Segama, Lahad Datu, dipercayai terkena jerat.

Gajah adalah spesies Dilindungi Sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • gajah

Kategori