Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

LRT Tergendala: Pakar Dari...

PETALING JAYA - Pasukan pakar dan jurutera luar negara, Thales Group Kanada akan...

Ketua Menteri Tamil Nadu...

NEW DELHI - Ketua Menteri Tamil Nadu J. Jayalalithaa meninggal dunia malam Isnin,...

Tak Puas Bermanja, Ramona...

PELAKON Ramona Zamzam atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 26 dan...

KPWKM Pandang Serius Isu...

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius kes perkahwinan bawah umur

Anggota Polis Tertembak Rakan Sekerja

KUANTAN – Seorang anggota polis di Balai Polis Padang Tengku, Lipis cedera akibat terkena tembakan yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh rakan sekerjanya, semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata kejadian yang berlaku pada pukul 1.40 petang itu menyebabkan mangsa, 33, yang berpangkat Koperal cedera di paha kanan.

Mangsa semasa itu berada di hadapan stor senjata api dan sedang menunggu suspek, 31, yang berpangkat Lans Koperal menyerahkan senjatanya selepas tamat melakukan tugasan Rondaan Cegah Jenayah.

“Suspek dipercayai telah tertarik picu semasa sedang mengosongkan senjata, menyebabkan peluru itu menembusi paha mangsa sebelum terkena pada pintu stor.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Padang Tengku untuk rawatan awal dan pemeriksaan di Hospital Lipis mengesahkan tembakan tidak mengenai urat saraf atau tulang serta tiada serpihan peluru di pahanya,” katanya kepada pemberita semasa dihubungi di sini, hari ini.

Azry Akmar mengesahkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan.


Beliau menambah keterangan saksi yang berada di balai itu juga mendapati tiada pergaduhan berlaku antara suspek dan mangsa, malah kedua-dua mereka berbual seperti biasa sebelum kejadian.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 iaitu melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori