Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Annuar Musa Enggan Komen,...

SHAH ALAM - "Ramai yang minta komen. Saya tiada apa komen buat masa...

Fama Yakin Pasar Tani...

LEMBAGA Pamasaran Pertanian Persekutuan (Fama) yakin sasaran nilai jualan di pasar tani seluruh...

Majlis Tunang Dikecam, Elfira...

PERTUNANGAN pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi berlangsung Jumaat minggu lalu, namun...

Banjir Di Kelantan Kian...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi ini dengan jumlah...

Apa Yang Menarik Final Piala Dunia Malam Ini?

TIDAK ramai yang meramalkan perlawanan akhir Piala Dunia tahun ini akan menemukan Perancis dengan negara kecil Croatia.

Dalam perlawanan malam ini, Croatia mensasarkan untuk memenangi kejohanan antarabangsa pertamanya, manakala lawannya Perancis memasuki perlawanan akhir ketiganya dalam enam Piala Dunia dan mahu menambah satu lagi Piala Dunia selepas memenanginya di Paris 20 tahun lalu.

Orang yang memimpin pasukan ini, Didier Deschamps, telah memasuki Piala Dunia tiga kali dan berharap dapat menjadi orang ketiga menang sebagai pemain dan pengurus.

Rakan sejawatnya di pasukan lawan, Zlatko Dalic, hanya memegang jawatan pengurus Croatia bermula sembilan bulan lalu dan semakin hampir membuat kejutan menang Piala Dunia.

Dengan populasi 4.17 juta, ramai menyangka Croatia bakal menjadi negara paling kecil menjadi sampai ke perlawanan akhir Piala Dunia.

Tetapi sejarah negara paling kecil populasi bermain di perlawanan akhir itu telah dicatat oleh Uruguay pada tahun 1930, yang pada masa itu mempunyai populasi seramai 1.7 juta.

Dalam kedudukan ke-20 dalam penarafan Fifa, Croatia ialah pasukan berkedudukan paling rendah pernah sampai ke perlawanan akhir.

Sebelum ini, Croatia memenangi tempat ketiga 20 tahun lalu, selepas akhirnya kalah kepada Perancis, yang menjadi juara tahun itu.

Salah satu impian Perancis ialah merawat luka tahun 2016, apabila mereka tewas kepada Portugis dalam perlawanan akhir Kejohanan Eropah di Paris.

Perancis lebih yakin kali ini, antaranya kerana menang dalam masa normal dalam perlawanan sebelum ini, manakala Croatia memerlukan masa tambahan beberapa kali termasuk penentuan penalti dua kali.

Kejohanan kali ini juga dianggap peluang terakhir dua pemain hebat generasi ini, Christiano Ronaldo dari Portugal dan Lionel Messi dari Argentina untuk mendominasi.

Kedua-duanya tidak melepasi pusingan 16, membuka ruang kepada pemain-pemain mencatat sejarah dan memenangi anugerah Bola Emas bagi pemain terbaik kejohanan.


Walaupun ramai menunjukkan kecemerlangan, tidak ada seorang pun yang kelihatan pasti menang anugerah berprestij itu.

Mungkinkah perlawanan akhir ini jadi penentu? Menariknya, selama 24 tahun (enam kejohanan) setakat ini, pemenang Bola Emas ialah dari pasukan juara.

Tahun ini mungkin berbeza. Pemain tengah Croatia Luka Modric mendapat banyak pujian setakat ini, termasuk pemain terbaik dalam perlawanan menentang Argentina dalam peringkat kumpulan.

Pemain forward Perancis Mbappe mengisytiharkan kehadirannya di pentas terbesar dunia melalui dua gol yang menamatkan perjalanan Argentina.

Kini peluang terbuka untuk beliau muncul sebagai remaja kedua selepas Pele pada 1958 menjadi penjaring gol dalam perlawanan akhir.

Pada masa yang sama, Antoine Griezmann juga menunjukkan kecemerlangan, dan menyamai rekod tiga gol dengan Mbappe.

Kedua-dua pemain bakal menyamai rekod enam gol kapten England Harry Kane jika menjaringkan hatrik pada malam ini, untuk bersaing merebut Kasut Emas.

Bek tengah Croatia, Dejan Lovren juga menunjukkan rekod baik, dan bakal menjadi pemain kedua selepas Thierry Henry pada 2006 mencatat rekod bermain untuk kelab Inggeris dan perlawanan akhir Piala Dunia dalam tahun yang sama.

Tetapi dalam kedua-dua perlawanan itu, Henry tewas, bersama Arsenal menentang Barcelona dan Perancis melawan Itali. – BBC

Kategori