Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rossi Teruja Mahu Menang...

PHILLIP ISLAND - Valentino Rossi memiliki sedikit kelebihan ke atas rakan sepasukan Yamaha,...

Kesesakan Luar Biasa Akibat...

ORANG awam yang melalui Jalan Kuching menghala ke pusat bandar pagi ini sudah...

Penganggur Ditahan Bersama Dadah...

ALOR SETAR - Seorang penganggur berusia 35 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah...

VIDEO: Kisah Sedih.. Mengapa...

Jika video yang kini viral di laman maya ini ditonton tanpa membaca maklumatnya,...

APMM Terengganu Rampas 2 Bot Nelayan Vietnam

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua bot nelayan Vietnam bersama 19 awak-awak dan dua tekong yang menceroboh perairan negeri ini Sabtu lepas.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata bot pertama ditahan pada 7.40 malam manakala bot kedua kira-kira 8.30 malam di kawasan antara 33 hingga 39 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Menurut beliau, kedua-dua bot terlibat ditahan ketika sedang asyik menangkap ikan dalam Ops Perkasa Timur dan Ops Marikh yang dijalankan secara kerap terutama di kawasan berdekatan pelantar minyak.

Rahim berkata Terengganu mempunyai hasil laut yang banyak dan berkualiti tinggi terutama di kawasan pelantar minyak yang menjadi habitat ikan dan sotong gred A.

“Faktor inilah yang menarik minat nelayan asing dan mereka tidak pernah serik menceroboh dan menangkap ikan di perairan Terengganu kerana hasilnya sangat lumayan.

“Oleh yang demikian anggota kita sentiasa menjalankan rondaan secara kerap menggunakan dua kapal dan lima bot yang kita ada,” katanya pada sidang media di Pejabat Daerah Maritim Terengganu hari ini.

Hasil rampasan termasuk dua bot, 4.5 tan hasil laut, 10,000 liter diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM2.4 juta.


Selain itu, menurut Rahim hasil pemeriksaan mendapati kesemua 21 yang ditahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Kita telah berjaya melakukan 40 tangkapan dengan jumlah rampasan bernilai RM50.5 juta sejak Januari hingga kelmarin.

“Kita akan terus mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi menjaga perairan kita daripada terus diceroboh,” katanya. – BERNAMA

Kategori