Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bangla Mati Dalam Tahanan,...

KANGAR - Tiga penguat kuasa Imigresen negeri ini direman bagi membantu siasatan kes...

Pemilik Masih Belum Jumpa...

MANA mungkin netizen akan lupa dengan Chikaboo, burung unta yang jadi popular selepas...

`Letup Rumah Putih’ Hanya...

WASHINGTON - Bintang pop, Madonna, mendakwa kenyataan 'meletupkan Rumah Putih' yang diucapkan pada...

Ismail Sabri Nafi Ditolak...

KLANG - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan terdapat ramai...

Arahan Pelik Hasut Murid ‘Buta’ Sejarah

ANEH… Netizen tempatan sejak semalam kecoh dengan satu pekeliling oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kluang di Johor yang antara lain mengarahkan gambar pemimpin terdahulu kena dibuang!

Memo aneh bertarikh 14 Mei lalu yang ditandatangani sendiri Pegawai Pendidikan Daerah Kluang, Shaharudin Basri Ibrahim itu malah mengerahkan pihak sekolah untuk tidak memaparkan segala lambang imej kerajaan terdahulu.

Ia mungkin merujuk simbol 1Malaysia diperkenalkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menyaksikan logo itu dihapuskan pada semua premis Pusat Transformasi Bandar dan Luar Bandar (UTC / RTC).

Tidak ketinggalan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) turut ‘padam’ nama itu agar rakyat lupa sumbangan BN seperti skim Bantuan Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Rumah 1Malaysia, Kedai 1Malaysia dan banyak lagi.

Lebih pelik apabila pekeliling tersebut mewajibkan semua pengetua dan guru besar tidak lagi jemput tokoh politik Barisan Nasional (BN) waima wakil rakyat kawasan itu sendiri hadir merasmikan apa sahaja program di sekolah.

Arahan dahsyat berkenaan yang dipercayai juga melibatkan semua sekolah kerajaan di seluruh negara, mencetuskan kritikan ramai netizen pro-BN, bahkan ada menyifatkan ia sebagai bentuk pemerintahan rejim diktator kuku besi.

Sebenarnya ini baru sahaja permulaan dan selepas ini khabarnya isi kandungan buku teks sejarah turut akan dirombak bagi memastikan sukatannya tidak lagi perbesar kisah pencapaian BN dalam perkembangan negara.

Jika ini berlaku, ada pengguna media sosial tempatan khasnya di Johor mengimbau keadaan kes ini sebagai mana berlaku di negara jiran, Singapura apabila pihak kerajaan PAP-nya ‘mengubah’ sejarah sebenar republik tersebut.


Ini mengakibatkan generasi muda Singapura ‘buta sejarah’ lebih bangga berkata konon negara pulau itu dibuka Sir Stamford Raffles sekitar kurun ke-19, berbanding faktanya oleh putera raja, Sang Nila Utama pada awal abad ke-14.

Pemerintah Singapura juga bertindak secara sistematik menghapuskan segala nama tempat tertentu yang ada unsur Melayu apabila diganti dengan perkataan Inggeris dan Cina agar rakyatnya tidak tahu sejarah kawasan berkenaan.

Taktik jahat ini sebenarnya sudah lama digunakan rejim Israel setelah berjaya rampas tanah Palestin lebih 70 tahun lepas apabila langsung tukar semua nama tempat didudukinya secara haram daripada bahasa Arab kepada Hebrew.

Secara kebetulan, Singapura diketahui ada penasihat Israel sejak berpisah daripada Malaysia pada 1965 dan DAP yang diasaskan PAP, pernah dikatakan terima dana lumayan dari rejim Zionis itu untuk misi guling kerajaan BN.

Sekiranya ini terjadi, jangan terkejut generasi muda Malaysia lima tahun lagi tidak tahu Tunku Abdul Rahman Putra ialah Bapa Kemerdekaan dan digantikan pula oleh nama pemimpin komunis Malaya, Chin Peng. – Mynewshub.tv

Kategori