UNIK… Jika dahulu, askar dikerah buru pengganas komunis di hutan yang ancam keselamatan negara sejak zaman darurat 1940-an sehingga Parti Komunis Malaya letak senjata pada 1989 lalu.
Ramai maut termasuk polis dibunuh kejam ketika berjuang lawan pemberontak fahaman Marxist itu yang mahu mewujudkan kerajaan republik komunis menggantikan sistem demokrasi berparlimen raja berperlembagaan.
Itu cerita zaman dulu yang tentunya tidak dirasai sendiri generasi muda dapat hidup selesa ketika anggota pasukan keselamatan ‘bersengkang mata’ tetap gigih mengawasi keamanan daripada ancaman anasir subversif militan.
Namun, ramai netizen dilaporkan terkejut apabila tular satu rakaman video secara amatur yang jelas menunjukkan sekumpulan askar berlatih kawad jenis Goose Step atau langkah angsa seperti gaya lazim tentera di negara komunis.
Arahan formasi kawad baharu itu berdasarkan pekeliling Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertarikh 18 Julai lalu yang turut mendedahkan ia disuarakan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri kepada Panglima ATM.
Latihan kawad itu yang diadakan di sebuah kem di Port Dickson, Negeri Sembilan berlangsung dari 23 Julai hingga 4 Ogos depan melibatkan tiga jenis pakaian dan anggota terlibat kajian berkenaan turut meliputi perajurit wanita.
Untuk rekod, Goose Step diperkenalkan Jerman pada abad ke-18 sebelum berkembang ke Rusia dan lebih 70 negara komunis di seluruh dunia awal kurun ke-20. Gaya kaki keras ini sering dirujuk sebagai kawad rejim tentera Nazi.
Ramai netizen dilaporkan kesal dengan corak kawad tersebut seolah-olah ATM kini ‘dipengaruhi’ unsur askar negara komunis sedikit demi sedikit di bawah menteri dan timbalan menteri baharu dari kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Ada mendakwa bahawa jika demonstrasi kawad itu diterima Panglima ATM, buat julung kali dalam sejarah, rakyat bakal saksikan askar berarak gaya Goose Step ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di ibu kota pada 31 Ogos ini.
Tidak kurang juga pertikai langkah pelik ATM mahu guna formasi kawad itu sebagai cuba hina jasa bekas askar dan polis yang masih lagi hidup selain keluarga mereka derita akibat pemberontakan jahat komunis. – Mynewshub.TV