Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

K’jaan Persekutuan Diminta Kaji...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini meminta...

Dokumentari Al Jazeera: Komen...

KUALA LUMPUR - Komen bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai filem...

Langkah Punitif Yang Tegas...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mahu usaha memerangi rasuah...

Loji Nuklear Terbesar Eropah...

ENERGODAR : Satu kebakaran dilaporkan berlaku di loji nuklear terbesar Eropah di bandar...

Australia Sekat Lembu ‘Korban’ Ke Malaysia

HARGA ternakan diimport untuk sembelihan Hari Raya Aidiladha dijangka naik susulan tindakan Australia mengenakan sekatan sementara selama enam minggu bagi tujuan eksport ke Malaysia.

Ia bermakna umat Islam di negara ini tiada pilihan kecuali mendapatkan ternakan dari Thailand atau Myanmar yang harga lebih mahal memandangkan bekalan tempatan tidak cukup tampung permintaan tinggi perayaan itu.

Media antarabangsa melaporkan bahawa kerajaan Australia telah laksana perintah sekatan penghantaran ternakan hidup seperti lembu, kambing dan biri-biri ke Malaysia menjelang Aidiladha pada pertengahan Ogos depan.

Ini kerana setelah peraturan Sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengeksport (ESCAS) diperkenalkan Australia sejak akhir 2012, tidak ramai pembeli atau pengimport di Malaysia mampu mematuhi peraturan ketat tersebut.

Seorang pengimport ternakan dari Australia, Nordin Mat, 45, keadaan itu berlaku disebabkan budaya umat Islam di Malaysia lebih selesa sembelih untuk ibadah korban sama ada di perkarangan rumah, surau atau masjid berdekatan.

“Walhal jika ikut syarat ditetapkan ESCAS, setiap haiwan dieksport harus disembelih di rumah penyembelihan yang diaudit malah Australia telah lantik badan pemantau untuk perhati gerak kerja penyembelihan haiwan diimport.

“Jika gagal, negara kita berpotensi untuk tidak terima haiwan ternakan daripada Australia lagi selepas ini kerana Malaysia duduki nombor tiga dalam pemerhatian tegas mereka,” kataya kepada sebuah akhbar tempatan hari ini.


Ekoran sekatan itu, Nordin mengakui jumlah ternakan dari Australia untuk dijadikan korban pada musim perayaan Aidiladha nanti akan terganggu namun Malaysia masih ada alternatif dapat sumber dari Thailand atau Myanmar.

“Namun begitu, harga yang dikenakan kepada kita mungkin sedikit tinggi memandangkan Thailand dan Myanmar juga tahu tentang perintah sekatan sementara yang telah dikenakan Australia ke atas Malaysia pada ketika ini.

“Jika ditanya kenapa perlu bergantung kepada haiwan import, apa yang boleh saya katakan negara kita tidak miliki sumber banyak untuk kegunaan tempatan manakala bekalan domestik belum lagi cukup tampung permintaan.

“Ini bermakna jika keperluan tersebut didatangkan dalam bentuk daging yang sudah disembelih dari negara luar, kuantitinya masih stabil dan belum ada sebarang sekatan lagi setakat ini,” kata Nordin. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori