Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keluarga Altantuya Menang Saman...

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat membenarkan saman yang difailkan...

KPM Akan Ganti Buku...

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggantikan 263,662 buku teks yang rosak...

Wanita PKR Perlu Jadi...

IPOH - Sayap Wanita PKR perlu mencontohi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr...

Op Global: Isteri Kedua...

KOTA BHARU: Dianggarkan lebih 30 individu termasuk isteri kedua kepada Ketua Pegawai Eksekutif...

Bakal Jemaah Haji Maut Digilis Treler

KUANTAN – Hasrat seorang peneroka untuk menunaikan ibadah haji tidak kesampaian selepas maut digilis sebuah treler di simpang berhampiran balai bomba dan penyelamat Bandar Jengka, Maran dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Norzamri Abd Rahman berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, mangsa Jamaludin Abu Daud, 64, yang berasal dari Jengka 12, maut di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal ditunggang mangsa keluar dari simpang secara mengejut menyebabkan pemandu treler terpaksa mengelak ke bahagian kiri jalan.

“Bagaimanapun, motosikal mangsa tergesel dengan bahagian belakang treler menyebabkan mangsa tercampak ke bawah tayar belakang treler tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Norzamri berkata laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Jengka mengesahkan mangsa meninggal dunia berikutan kecederaan parah di kepala.

Mangsa dijadual berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji pada 7 Ogos depan. – BERNAMA

Kategori