Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Viral Telur Halal Dianggap...

PUTRAJAYA - Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganggap 'keterlaluan' isu...

‘Adik Kata Terpelanting, Ramai...

MUAR - Abang mangsa nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah...

Fajar Kemenangan Islam Semakin...

KUALA LUMPUR - Fajar kemenangan Islam semakin menyinsing di Malaysia melalui kerjasama di...

PKR Terbuka Berbincang Dengan...

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendirian terbuka dalam mengadakan sebarang pertemuan...

Bank Islam Agih Zakat RM52,500 Di Sabah 

KOTA KINABALU – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini menyampaikan zakat berjumlah RM52,500 kepada golongan yang memerlukan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairul Kamarudin berkata RM35,000 daripada jumlah itu, diserahkan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan RM10,000 kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah.

“Manakala seramai 50 penerima zakat turut menerima bantuan RM150 seorang, terdiri daripada pelajar asnaf, mualaf, ibu tunggal dan warga emas.

“Bank Islam mengambil kesempatan sempena keberkatan Syawal ini untuk menunaikan kewajipan zakat agar dapat menceriakan Aidilfitri mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bank Islam, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pada tahun lepas, Bank Islam telah mengeluarkan zakat sebanyak RM13.3 juta ke seluruh negara dan RM393,576.87 daripadanya adalah untuk negeri ini.


Khairul berkata wang zakat tersebut turut disalurkan untuk pelbagai aktiviti pembangunan serta pembinaan surau, masjid dan sekolah di Sabah.

“Antaranya ialah program seminar universiti, projek bantuan rumah Bank Islam, program pembangunan institusi agama, pencetakan bahan ilmiah dan aktiviti penyebaran dakwah serta program imarah surau,” katanya.- BERNAMA

Kategori